Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sekolah menengah persendirian Cina : Satu kajian kes

Nur Syafiah Mohd Isa (2014) Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sekolah menengah persendirian Cina : Satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menerokai mengenai penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sebuah sekolah menengah persendirian Cina dalam daerah Lahad Datu, Sabah yang melibatkan tiga informan terdiri daripada dua orang pelajar dan seorang guru. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor penguasaan Bahasa Melayu pelajar etnik Cina dan objektif kedua untuk melihat sejauh mana masalah penguasaan pelajar tersebut dari segi pertuturan dan penulisan. Seterusnya, objektif terakhir pula untuk meninjau teknik pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru terhadap pelajar etnik Cina. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes. Proses pengutipan data pula dilakukan secara berperingkat dimulakan dengan kaedah pemerhatian di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat pola perlakuan dan respon informan yang terlibat dalam kajian ini. Selepas peringkat pemerhatian selesai, kaedah temu bual secara separa struktur dilaksanakan untuk mendapatkan hasil kajian. Daripada kajian, beberapa faktor seperti faktor sikap, faktor persekitaran, faktor motivasi instrumental, faktor bahasa ibunda, dan faktor keluarga telah dikenal pasti berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu pelajar etnik Cina. Terdapat masalah penguasaan bahasa Melayu dari segi pertuturan melibatkan kesalahan tatabahasa. Manakala teknik pengajaran guru membuktikan pelajar turut mengalami masalah penulisan. Dengan adanya kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru Bahasa Melayu untuk mencari teknik yang bersesuaian bagi mengajar pelajar etnik Cina agar mencapai kecemerlangan dalam Bahasa Melayu. Implikasi seterusnya kepada pihak sekolah untuk menyediakan bantuan dari segi alat bantu mengajar agar suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Implikasi kajian terakhir kepada para pelajar kerana apabila masalah penguasaan Bahasa Melayu disebabkan oleh faktor sikap dan faktor bahasa ibunda, maka pelajar perlu mengubah sikap negatif kepada sikap positif dalam penerimaan pengajaran Bahasa Melayu. Pelajar juga harus mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan bagi memperbaiki masalah yang dihadapi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penguasaan Bahasa Melayu, Etnik Cina, Teknik pengajaran Bahasa Melayu, Pembelajaran bahasa kedua, Faktor penguasaan bahasa,
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Apr 2025 11:35
Last Modified: 07 Apr 2025 11:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43358

Actions (login required)

View Item View Item