Pengaruh budaya sekolah, sikap guru dan gaya asuhan ibu bapa terhadap sahsiah murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Sabah

Japran Kusin (2019) Pengaruh budaya sekolah, sikap guru dan gaya asuhan ibu bapa terhadap sahsiah murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (200kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Masalah sahsiah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah pada hari ini sangat membimbangkankerana ia telah melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengetahui komponen sahsiah murid, budaya sekolah, sikap guru dan gaya asuhan ibu bapa murid di SMKA, seterusnya untuk mengetahui hubungan dan pengaruh budaya sekolah, sikap guru dan gaya asuhan ibu bapa terhadap sahsiah murid. Kajian tinjauanini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang dianalisissecara kuantitatif. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens seperti min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi berganda(stepwise) bagi menguji hipotesishipotesis kajian.Sampel kajian adalah murid-murid Tingkatan Empat berjumlah 275 orang yang dipilih secara rawak bebas. Hasil kajian mendapati kesemua komponen budaya sekolah dan sikap guru diamalkan di SMKA dengan min melebihi 3.90. Bagi amalan gaya asuhan ibu bapa, hanya gayaautoritatif menunjukkan min 3.91. Manakala bagi sahsiah pula, lebih tertumpu kepada mutadayyin, jati diri, penampilan diri dan berbudi bahasa dengan nilai min melebihi 3.70. Hasil analisis korelasiPearsonmendapati hubungan yang signifikanantara budaya sekolah (r=0.28, p<.05) dan sikap guru (r=0.27, p<.05) dengan sahsiah murid. Analisis regresi berganda mendapati hanya budaya sekolahdan sikap guru sahaja yang mempengaruhi secara signifikan terhadap sahsiah murid. Kajian ini merupakan antara kajian terawal yang pernah dijalankan di sekolah kawalan seperti SMKA. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai landasan untuk kajian selanjutnya di sekolah kawalan yang lain mengikut kelompok, kategori atau jenis sekolah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Sahsiah murid, Budaya sekolah, Sikap guru, Gaya asuhan ibu bapa, Sekolah menengah kebangsaan agama, Smka, Pendidikan, Gaya kepimpinan, Nilai dan etika, Kajian pendidikan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Apr 2025 10:51
Last Modified: 15 Apr 2025 10:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43475

Actions (login required)

View Item View Item