Faktor-faktor penentu stres kalangan guru-guru sekolah rendah kawasan bandar dan luar bandar, Sabah

Liza Mathew (2014) Faktor-faktor penentu stres kalangan guru-guru sekolah rendah kawasan bandar dan luar bandar, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (967kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor demografi (lokasi sekolah, jantina, umur, dan pengalaman mengajar) serta menentukan faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru-guru di sekolah sekolah rendah di negeri Sabah. Terdapat enam faktor stres dikaji iaitu dari aspek hubungan luar (hubungan guru dengan ibu bapa murid dan hubungan guru sesama rakan sekerja), bebanan kerja, kekangan masa, sikap pelajar, pengiktirafan majikan dan kekangan sumber. Seramai 304 guru dari 13 buah sekolah di negeri sabah dipilih sebagai responden untuk mewakili keseluruhan populasi. Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih sekolah-sekolah yang terlibat sebagai sampel kajian. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statictical Package for Social Science (SPSS) Version 21.0 for Windows. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (Ujian-t, Ujian ANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan responden berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan stres dengan jantina. Terdapat perbezaan yang signifikan antara stres dengan lokasi sekolah, umur dan pengalaman mengajar. Terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua enam faktor iaitu hubungan luar {hubungan guru dengan ibu bapa murid dan hubungan guru sesama rakan sekerja), bebanan kerja, kekangan masa, sikap pelajar, pengiktirafan majikan dan kekangan sumber dan faktor yang sangat mempengaruhi stres adalah faktor hubungan luar dan pengiktirafan majikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Stres guru, Faktor stres, Sekolah rendah, Guru Sabah, Faktor demografi, Hubungan luar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Apr 2025 11:21
Last Modified: 29 Apr 2025 11:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43609

Actions (login required)

View Item View Item