Crescentia Tiwol (2014) Pelaksanaan pentaksiran berasakan sekolah : kajian ke atas tekanan terhadap guru-guru sekolah rendah daerah Kota Kinabalu Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (809kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tekanan serta faktor-faktor yang mendorong tekanan berkaitan pelaksanaan PBS di kalangan guru sekolah rendah. Seramai 206 orang guru di daerah Kata Kinabalu, Sabah telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Faktor tekanan dikaji dari aspek persediaan guru, persepsi guru, tuntutan masa dan beban tugas, kekangan sumber dan ICT (SPPBS). Kajian ini juga mengkaji peranan demografi terhadap tekanan guru-guru tersebut. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak mudah. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 21.0 (SPSS) untuk Windows. Statistik deskriptif iaitu skor kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis ciri-ciri demografi dan tahap tekanan. Statistik inferensi iaitu analisis ujian-t dan analisis varians digunakan untuk menganalisis perbezaan tahap tekanan dengan ciri-ciri demografi guru manakala korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan antara faktor tekanan dengan tahap tekanan serta faktor umur dan pengalaman mengajar dengan tahap tekanan. Hasil kajian mendapati tahap tekanan di kalangan guru berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap tekanan dengan jantina, umur, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor umur dan pengalaman mengajar dengan tahap tekanan tetapi terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor tekanan dengan tahap tekanan guru. Faktor ICT yang paling mempengaruhi tekanan dengan punca utamanya ialah kesukaran mengakses sistem pengurusan PBS.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Tekanan guru, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, SPPBS, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Faktor tekanan, Persediaan guru |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Apr 2025 15:12 |
Last Modified: | 30 Apr 2025 15:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43666 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |