Persepsi pelajar tingkatan dua ke atas kesediaan pelajar dalam program etems di sebuah sekolah di daerah Tenom

Rauyah @Doren Herman (2005) Persepsi pelajar tingkatan dua ke atas kesediaan pelajar dalam program etems di sebuah sekolah di daerah Tenom. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Disertasi yang dihasilkan ini mengupas akan persepsi pelajar tingkatan dua terhadap kesediaan pelajar dalam Program ETeMS di sebuah sekolah di Daerah Tenom. Program ETeMS yang dilaksanakan pada awal tahun 2003 merupakan satu pembaharuan dalam sistem pendidikan negara yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam dua mata pelajaran utama di sekolah-sekolah iaitu Matematik dan Sains. Program ETeMS ini mulai dilaksanakan secara berperingkat iaitu Tahun Satu, Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tingkatan Enam Rendah di semua sekolah di seluruh negara. Kesediaan pelajar yang merangkumi minat, keyakinan, sokongan yang diterima serta penggunaan sumber pendidikan merupakan aspek yang perlu diperhatikan dalam pelaksanaan Program ETeMS ini kerana aspekaspek ini akan memberi impak yang nyata terhadap keberkesanan program. Selain itu, tahap prestasi pelajar dalam tiga mata pelajaran utama iaitu keputusan peperiksaan penggal pertama Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pelajar dan tahap pendidikan ibu bapa/penjaga juga dilihat sebagai faktor terhadap kesediaan pelajar. Dalam tesis ini, kaedah analisis data melalui soal selidik kepada pelajar digunakan dengan menggunakan Ujian Korelasi 'r' Pearson dan Ujian ANOVA. Hasil ujian yang dilakukan, didapati kesediaan pelajar yang melihat perkaitan dengan tahap prestasi pelajar dalam tiga mata pelajaran tersebut adalah 0.029 merupakan nilai korelasi signifikan iaitu perkaitan yang boleh diabaikan manakala hubungan antara kesediaan pelajar dengan tahap pendidikan ibu bapa/penjaga ialah nilai min yang signifikan iaitu 0.001 yang menunjukkan hubungan yang positif antara kedua-dua pemboleh ubah yang dijadikan kajian. Dengan ini, adalah jelas kesediaan pelajar dalam Program ETeMS ini adalah bergantung kepada beberapa faktor lain yang perlu diberi perhatian agar Program ETeMS ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: ETeMS, Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Kesediaan pelajar, Persepsi pelajar, Pendidikan bilingual, Prestasi akademik, Pendidikan ibu bapa
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 May 2025 16:07
Last Modified: 22 May 2025 16:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43807

Actions (login required)

View Item View Item