Analisi kefahaman guru terhadap program 'beyond excellence' atau perancangan strategik dalam meningkatkan kualiti sekolah: Satu kajian di salah sebuah sekolah menengah daerah Tawau, Sabah

Najamuddin Bachora (2005) Analisi kefahaman guru terhadap program 'beyond excellence' atau perancangan strategik dalam meningkatkan kualiti sekolah: Satu kajian di salah sebuah sekolah menengah daerah Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh dimensi kepengetuaan (Kepimpinan Pengetua, mengamalkan pengurusan strategik, menekankan kerja berpasukan dan komunikasi dengan guru) dalam mempengaruhi tahap kefahaman guru-guru terhadap program ' Beyond Excellence dalam Perancangan Strategik 5 tahun Jabatan Pendidikan Sabah dari tahun 2000 sehingga 2005. Kajian ini cuba mengetahui kefahaman guruguru dari aspek latar belakang program, pernyataan visi dan misi, hubungannya dengan dimensi kepengetuaan serta faktor-faktor yang menimbulkan masalah dalam pelaksanaan program ini di sekolah. Kajian ini menggunakan 98 responden yang terdiri daripada guru-guru di salah sebuah Sekolah Menengah di Daerah Tawau. Analisis Deskriptif, Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menentukan tahap kefahaman guru-guru terhadap latar belakang program ini, pernyataan visi dan misi serta faktor-faktor yang menimbulkan masalah dalam pelaksanaannya di sekolah. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan guru perempuan dengan kefahaman terhadap latar belakang serta pernyataan visi dan misi program ini. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar dengan kefahaman terhadap latar belakang serta pernyataan visi dan misi program ini. Ujian Korelasi pula telah digunakan untuk menentukan sama ada wujud hubungan di antara pengaruh dimensi kepengetuaan dengan tahap kefahaman guru-guru mengenai program ini. Dapatan menunjukkan hanya terdapat hubungan signifikan yang lemah di antara kedua-duanya yang memerlukan tindakan susulan agar program ini mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan oleh Jabatan Pendidikan Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan pengetua, Pengurusan strategik, Kerja berpasukan, Komunikasi sekolah, Kefahaman guru, Program beyond excellence
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2331.7-2335.8 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 May 2025 12:28
Last Modified: 20 May 2025 12:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43808

Actions (login required)

View Item View Item