Tekanan kerja dikalangan guru sekolah menengah daerah Tambunan, Sabah

Romanus Joannes (2005) Tekanan kerja dikalangan guru sekolah menengah daerah Tambunan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap tekanan kerja, faktor-faktor utama tekanan kerja, perbezaan di dalam tahap tekanan kerja dan perbe?aan di dalam faktor-faktor yang menyebabkan di dalam tekanan kerja berdasarkan ciri demografi guru. Seramai 188 orang guru dari sekolah menengah daerah Tambunan, Sabah telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. Instrumen kajian diubahsuai dan diadaptasi daripada instrumen Teacher Stress Inventory oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) untuk rnemenuhi objektif dan situasi kajian ini. Soal selidik terdiri dari dua bahagian iaitu Sahagian A tentang ciri demografi dan Sahagian B mengenai faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru. Kaedah deskriptif min, Ujian t tidak bersandar dan Analisis Varians satu hala digunakan untuk menjawab objektif dan hipotesis kajian. Paras keertian kajian ditetapkan pada a = 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah menengah daerah Tambunan berada pada tahap tekanan sederhana (min = 2.923 ± 0.679). Kelima-lima faktor yang dikaji iaitu salahlaku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, perhubungan antara personal dan penghargaan adalah menyumbang kepada tekanan kerja guru. Tidak terdapat perbezaan di dalam tahap tekanan kerja berdasarkan jantina, kategori perkhidmatan, status perkahwinan, peringkat umur dan pengalaman mengajar. Wujud perbezaan bagi faktor penghargaan berdasarkan peringkat umur responden. Tidak terdapat perbezaan yang bererti di dalam faktor tekanan kerja berdasarkan jantina, kategori perkhidmatan, status perkahwinan dan pengalaman mengajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Tekanan kerja guru, Faktor tekanan kerja, Demografi guru, Sekolah menengah, Beban tugas guru, Salahlaku pelajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 May 2025 09:41
Last Modified: 26 May 2025 09:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43810

Actions (login required)

View Item View Item