Pengajaran dan pembelajaran kontekstual di sekolah

Norsyahida Mat Nazir and Syed lamsah syed chear and Norazly nordin and Saturia Amiruddin (2024) Pengajaran dan pembelajaran kontekstual di sekolah. Quantum journal of social sciences and humanities, 5 (6). pp. 1-11. ISSN 1881-1941

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (313kB) | Request a copy

Abstract

Kepentingan pengalaman pembelajaran di peringkat usia prasekolah adalah penting tetapi perlu selari dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan mereka. Pembelajaran yang dilalui oleh kanakkanak akan bertambah baik sekiranya mereka mengambil bahagian secara aktif dalam pengalaman pembelajaran. Mereka perlu mengalami sesuatu secara konkrit iaitu mereka boleh melihat, merasakan, memanipulasi, menyentuh, mendengar, dan kadang-kadang merasai sesuatu untuk mengetahui cara ia berfungsi. Antara strategi pembelajaran yang boleh dilaksanakan adalah pendekatan visual (belajar melalui melihat), auditori (belajar melalui pendengaran), sentuhan (belajar melalui sentuhan), dan kinestetik (belajar melalui melakukan dan bergerak). Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap amalan dan keberkesanan pengajaran kontekstual dalam kalangan guru-guru prasekolah. Kajian di lakukan di institusi prasekolah dalam daerah Hulu Selangor, Selangor. Analisis data adalah berdasarkan maklum balas guru-guru yang diperoleh melalui borang soal selidik. Edaran borang soal selidik dibuat melalui platform dalam talian (google form) kepada senarai institusi yang telah dikenalpasti. Skop kajian mencakupi empat dimensi iaitu (i) tahap pengetahuan guru (7 item), (ii) amalan pengajaran kontekstual (7 item), (iii) perubahan tingkah laku kanak-kanak (10 item), serta (iv) faktor-faktor menjayakan pengajaran kontekstual (6 item). Sebanyak 83 maklum balas diterima. Dapatan kajian menujukkan bahawa tahap pengetahuan guru mempunyai hubungan yang positif terhadap amalan pengajaran guru dalam bilik darjah dan perubahan tingkah laku kanak-kanak. Di samping itu, kesemua faktor sokongan iaitu memiliki prosedur yang sistematik, penetapan hasil pembelajaran yang spesifik, contoh-contoh dalam pengajaran yang berdasarkan persekitaran sekeliling, kaedah penilaian yang standard, kesinambungan pengajaran dan kesungguhan guru memainkan peranan untuk menjayakan amalan pengajaran kontekstual. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh kalangan pengusaha dan pentadbir khususnya di tadika swasta untuk merangka strategi pembangunan guru bagi meningkatkan amalan dan keberkesanan pengajaran kontekstual

Item Type: Article
Keyword: Pengajaran dan pembelajaran kontekstual, guru prasekolah, tingkah laku kanak-kanak, faktor sokongan pembelajaran
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF712-724.85 Developmental psychology - Including infant psychology, child psychology, adolescence, adulthood
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 20 May 2025 12:33
Last Modified: 20 May 2025 12:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43830

Actions (login required)

View Item View Item