Hubungan sokongan social dan kecerdasan emosi: Perspektif pelajar psikologi di UMS

Nur Alya Maisarah Jayazino and Norsimah Dasan (2024) Hubungan sokongan social dan kecerdasan emosi: Perspektif pelajar psikologi di UMS. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 8 (1). pp. 1-9. ISSN 2600-7819

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (327kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sokongan sosial dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar psikologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pelajar psikologi diandaikan memiliki kestabilan emosi dan kehidupan sosial yang baik, serta kemampuan untuk menguruskan emosi dan sokongan sosial mereka dengan lebih cekap berikutan latar belakang akademik mereka dalam bidang psikologi. Kecerdasan emosi, yang merujuk kepada keupayaan individu untuk mengenali, memahami, dan mengurus emosi diri sendiri dan orang lain, terdiri daripada lima komponen utama: kesedaran diri, pengawalan kendiri, motivasi, empati, dan kemahiran sosial (Goleman). Sampel kajian ini melibatkan 207 pelajar psikologi di UMS, dan data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi Multidimensioal Perspective of Social Support Scale (MPSS) dan Instrumen Kecerdasan Emosi Goleman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua sokongan sosial dan kecerdasan emosi berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan sampel. Analisis korelasi pula mendapati bahawa sokongan sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecerdasan emosi, yang menunjukkan bahawa pelajar psikologi yang menerima sokongan sosial yang tinggi cenderung mempunyai kecerdasan emosi yang juga tinggi. Implikasi utama daripada dapatan ini adalah bahawa sokongan sosial memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi pelajar, yang boleh memberi kesan positif kepada kesejahteraan psikologi mereka. dapatan ini juga memberi gambaran bahawa pelajar psikologi yang lebih berpengetahuan tentang teori-teori psikologi berkemungkinan dapat memanfaatkan sokongan sosial dengan lebih baik untuk memperbaiki kecerdasan emosi mereka. Oleh itu, penyediaan sokongan sosial yang lebih berstruktur dalam bentuk program mentor, kaunseling, dan aktiviti sosial dapat meningkatkan kecerdasan emosi pelajar, yang seterusnya memberi manfaat kepada pembangunan peribadi dan profesional mereka. Perbandingan antara bidang pengajian dan kaedah kualitatif adalah dicadangkan kepada kajian yang akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Sokongan sosial, kecerdasan emosi, pelajar universiti, psikologi
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Social Work
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 21 May 2025 11:04
Last Modified: 21 May 2025 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43835

Actions (login required)

View Item View Item