Ketua panitia mata pelajaran sebagai pemimpin pengajaran

Bede John (2006) Ketua panitia mata pelajaran sebagai pemimpin pengajaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (193kB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kepimpinan ketua-ketua panitia di tiga buah daerah di bahagian pedalaman negeri Sabah. Seramai 152 orang responden guru dari lapan buah sekolah menengah yang dipilih di daerah Tambunan, Keningau dan Tenom terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian diubahsuai dan diadaptasi daripada LSDQ {Leadership Behavior Description Questionnaire) oleh University of Ohio untuk memenuhi objektif dan situasi kajian ini. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Sahagian A berkaitan ciri-ciri demografi ketua-ketua panitia dan Sahagian S berkaitan dengan kepimpinan ketua-ketua panitia. Kaedah deskriptif min dan inferensi Ujian t tidak bersandar serta Analisis Varians sehala (ANOVA) digunakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Dalam analisis inferensi, paras keertian kajian ditetapkan kepada a = 0.05. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan ketua-ketua panitia di tiga buah daerah sekolah menengah bahagian pedalaman negeri Sabah berada pada tahap tinggi (min = 3.933). Tahap kepimpinan ketua-ketua panitia mengikut daerah dan mengikut kumpulan subjek juga berada pada tahap yang tinggi. Analisis ujian t dan ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kepimpinan ketua-ketua panitia berdasarkan pengalaman mengajar dan umur walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi taraf pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan pendidikan, Ketua panitia, Guru sekolah menengah, Sabah, Kepimpinan instruksional
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 May 2025 15:46
Last Modified: 23 May 2025 15:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43879

Actions (login required)

View Item View Item