Pengaruh miskonsepsi litar elektrik ringkas terhadap pencapaian fizik bagi tajuk elektrik dalam kalangan pelajar di kawasan sekitar Tawau, Sabah

Chang, Jin Siong (2009) Pengaruh miskonsepsi litar elektrik ringkas terhadap pencapaian fizik bagi tajuk elektrik dalam kalangan pelajar di kawasan sekitar Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (164kB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Penyelidikan kuantitatif ini bertujuan melihat pengaruh dan hubungan antara miskonsepsi litar elektrik ringkas terhadap pencapaian Fizik bagi tajuk elektrik di kalangan pelajar tingkatan lima di kawasan sekitar Tawau, Sabah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat tahap perbezaan miskonsepsi litar elektrik ringkas dan pencapaian fizik bagi tajuk elektrik di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Bagi mengenalpasti miskonsepsi litar elektrik ringkas, soal selidik yang digunakan oleh HOseyin (2007) telah diubahsuaikan dan digunakan dalam kajian ini. Untuk menilaikan pencapaian pelajar dalam tajuk elektrik, soalan tahun lepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tajuk elektrik telah diubahsuai dan digunakan dalam kajian ini. Seramai 110 orang pelajar lelaki dan 103 orang pelajar perempuan dipilih sebagai responden kajian ini. Data-data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 15.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan tahap miskonsepsi litar elektrik ringkas adalah tinggi dan pencapaian Fizik dalam tajuk elektrik adalah rendah di kalangan pelajar di kawasan sekitar Tawau. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap miskonsepsi litar elektrik ringkas dan pencapaian Fizik bagi tajuk elektrik merentas jantina. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan songsang yang kuat antara miskonsepsi litar elektrik ringkas dengan pencapaian fizik dalam tajuk elektrik di kalangan responden (r = - 0.751). Akhir sekali, analisis regresi mudah menunjukkan bahawa miskonsepsi litar elektrik ringkas memberi pengaruh yang signifikan terhadap pencapaian Fizik bagi tajuk elektrik dengan nilai R2 = 0.561 dan nilai p = 0.000. Kajian ini menunjukkan bahawa miskonsepsi litar elektrik ringkas yang dimiliki oleh pelajar merupakan faktor yang menentukan pencapaian Fizik bagi tajuk elektrik di kalangan pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Miskonsepsi litar elektrik, Pencapaian Fizik, Pelajar tingkatan lima, Tajuk elektrik, Gender dan pencapaian akademik, Analisis korelasi Pearson
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Jun 2025 11:00
Last Modified: 10 Jun 2025 11:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43891

Actions (login required)

View Item View Item