Fanny Anthony Johnwyn (2014) Hubungan keberkesanan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan ketua panitia di sekolah rendah daerah Papar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan Ketua Panitia di Daerah Papar.. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat ta hap perbezaan dan hubungan kepuasan kerja dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan Ketua Panitia itu .. Seramai 240 orang Ketua Panitia dari Sekolah Rendah di pilih sebagai responden kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diguna pakai oleh Mohd Anuar (2007) dan Zainorazlin (2001) dan diubahsuai mengikut kehendak pengkaji . Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 22.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja daam kalangan Ketua Panitia adalah tinggi. Analisis Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia. Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan dan kepuasan kerja berpasukan di sekolah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kerja Berpasukan, Kepuasan Kerja, Ketua Panitia |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Jun 2025 11:53 |
Last Modified: | 10 Jun 2025 11:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44016 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |