Penentuan kandungan asid borik dalam beberapa jenis makanan di pasaran Kota Kinabalu, Sabah dan Segamat, Johor

Gan, Jackson Chin Haw (2009) Penentuan kandungan asid borik dalam beberapa jenis makanan di pasaran Kota Kinabalu, Sabah dan Segamat, Johor. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000645.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran asid borik dalam makanan bijirin, konfeksi dan produk ikan yang terdapat di pasaran Kota Kinabalu, Sabah dan Segamat, Johor. Sampel makanan yang dikaji adalah mi kuning, kuetiau, bebola ikan dan kuih bak-chang. Dua kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif merangkumi dua ujian iaitu ujian awal dan ujian pengesahan bagi mengesan kehadiran asid borik dalam sampel makanan. Selepas kehadiran asid borik telah dikenalpastikan, kaedah kuantitatif akan dijalankan bagi menentukan kandungan asid borik dalam sampel makanan tersebut. Secara keseluruhannya, tiada sampel makanan yang dikesan kehadiran asid borik. Soal selidik juga dijalankan bagi meninjau persepsi dan tahap pengetahuan pengusaha makanan terhadap penggunaan asid borik. Borang soal selidik merangkumi bahagian demografik, tahap pengetahuan terhadap asid borik serta penggunaan asid borik dalam makanan. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pengusaha makanan adalah diklasifikasikan sebagai sederhana baik di mana 21.8% pengusaha makanan adalah lemah, manakala bagi pengusaha makanan yang mendapat tahap sederhana dan baik adalah masing-masing sebanyak 39.1%. Hubungan korelasi antara penggunaan asid borik dengan perniagaan keturunan keluarga juga dikaji dan didapati mempunyai hubungan korelasi negatif yang lemah wujud di mana pekali korelasi yang didapati adalah -0.505 dan turut signifikan pada tahap dua hujung dengan p=0.014 (p<0.05). Hubungan korelasi antara tahap pendidikan pengusaha makanan dengan tahap pengetahuan mereka terhadap asid borik yang dikaji menunjukkan terdapat satu hubungan korelasi positif yang sederhana kuat wujud di mana pekali korelasi yang didapati adalah 0.553 dan turut signifikan pada tahap dua hujung dengan p=0.006 (p<0.01).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Local food products, Boric acid content, Food manufactures, Kota Kinabalu, Segamat, Johor
Subjects: Q Science > QD Chemistry
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Jun 2012 08:16
Last Modified: 23 Oct 2017 12:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4413

Actions (login required)

View Item View Item