Kajian ke atas amalan e-dagang di kalangan agensi pelancongan berskala kecil dan sederhana di Malaysia

Alfisyahrina Molis (2006) Kajian ke atas amalan e-dagang di kalangan agensi pelancongan berskala kecil dan sederhana di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.1.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Perkembangan pantas elektronik dagang (e-dagang) telah membentuk satu revolusi baru dalam era ekonomi digital ini. Pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pelbagai lagi insentif telah diberi oleh kerajaan dalam mempromosikan perkembangan edagang di Malaysia. Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji tentang amalan edagang di kalangan agensi pelancongan dan pengembaraan khususnya pengusaha berskala kecil dan sederhana di Malaysia. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti sama ada ciri-ciri inovasi, faktor persekitaran, faktor organisasi dan strategi pemasaran menyumbang kepada penggunaan e-dagang di kalangan agensi pelancongan dan pengembaraan di Malaysia. Borang soalselidik sebanyak 1511 telah dihantar melalui pas kepada semua agensi pelancongan dan pengembaraan di Malaysia dengan mendapat responden sebanyak 24%. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa keempat-empat ciri yang dikaji memainkan peranan penting dalam penggunaan edagang serta mewujudkan perbezaan di kalangan agensi yang telah menggunakan edagang dengan agensi yang belum menggunakan e-dagang. Penemuan penyelidikan turut menunjukkan faktor utama yang memberi impak ke atas penggunaan e-dagang ialah faktor saiz organisasi dan diikuti dengan faktor kemesraan penggunaan. Faktorfaktor lain yang turut menentukan penggunaan e-dagang ialah perubahan ekonomi, kos dan teknologi, faedah penggunaan, penstrukturan dan sistem, strategi pemasaran serta pembangunan politik dan perundangan. Faktor objektif organisasi dan faktor tingkat pengetahuan penggunaan adalah faktor yang kurang memberi impak ke atas perbezaan penggunaan e-dagang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: E-dagang, Agensi pelancongan dan pengembaraan, Industri PKS, Faktor organisasi, Faktor persekitaran
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 19 Jun 2025 15:39
Last Modified: 19 Jun 2025 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44132

Actions (login required)

View Item View Item