Melestari pendidikan latihan teknikal dan vokasional berdasarkan kepimpinan distibutif, komitmen organisasi, kompetensi dan kreativiti pengajar

Mustal Makmud and Mohd Khairuddin @Jerry Abdullah and Suzana Bongsu (2024) Melestari pendidikan latihan teknikal dan vokasional berdasarkan kepimpinan distibutif, komitmen organisasi, kompetensi dan kreativiti pengajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9 (8). pp. 1-15. ISSN 2504-8562

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (827kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menentukan sama ada terdapat pengaruh kreativiti sebagai mediator antara hubungan kepimpinan distributif, komitmen organisasi, kompetensi terhadap pelaksanaan kelestarian PLTV. Seramai 444 orang pengajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) telah terlibat sebagai responden di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Analisis deskriptif dan analisis inferensi iaitu korelasi SEM, regresi piawai SEM serta analisis laluan SEM merupakan teknik analisis data dalam kajian ini. Hasil analisis korelasi SEM menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif pada aras sederhana bagi kepimpinan distributif (r=0.65, p<0.05), aras sederhana bagi komitmen organisasi (r=0.70, p<0.05), aras tinggi bagi kompetensi (r=0.72, p<0.05) dan aras tinggi bagi kreativiti (r=0.78, p<0.05) dengan pelaksanaan kelestarian PLTV. Manakala, analisis regresi piawai SEM menunjukkan kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan kompetensi secara signifikan mempengaruhi kreativiti iaitu dengan nilai β masing-masing adalah β=0.23, β=0.26 dan β=0.36. Bagi analisis regresi piawai SEM terhadap pelaksanaan kelestarian PLTV pula didapati Kepimpinan distributif, komitmen organisasi, kompetensi dan kreativiti adalah peramal yang signifikan dengan nilai β masingmasing adalah β=0.16, β=0.20, β=0.23 dan β=0.37. Seterusnya, dapatan menunjukkan kesan pengaruh kreativiti sebagai mediator separa antara hubungan kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan kompetensi terhadap pelaksanaan kelestarian PLTV. Model yang dibangunkan dapat menjelaskan kesan daripada keseluruhan pemboleh ubah kajian terhadap pelaksanaan kelestarian PLTV dalam kalangan pengajar.

Item Type: Article
Keyword: Kelestarian PLTV Kepimpinan Dsitributif Komitmen Organisasi Kompetensi dan Kreativiti
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 16 Jun 2025 09:33
Last Modified: 16 Jun 2025 09:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44153

Actions (login required)

View Item View Item