Juppri Bacotang and Adibah Abdul Latif and Nurfarhana Diana Mohd Nor and Siti Farhana Md. Yasin and Connie Shin @ Connie Cassy Ompok and Muhamad Suhaimi Taat and Nur Suhaidah Sukor and Jusiah Idang (2022) Interkorelasi konstruk bagi kemahiran literasi awal kanak kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 13 (1). pp. 1-13. ISSN 1823-6812
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (601kB) | Request a copy |
Abstract
Artikel ini menjelaskan interkorelasi konstruk bagi kemahiran literasi awal kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 222 orang sampel kajian yang terdiri daripada 119 orang kanak-kanak berumur 3+ tahun, dan 103 orang berumur 4+ tahun. Lokasi kajian melibatkan 12 buah taska atau tadika di sekitar Perak dan Selangor. Pencapaian kemahiran literasi awal kanak-kanak dinilai dengan menggunakan Indikator Kemahiran Literasi Awal (IKLA) yang merangkumi lima konstruk utama, iaitu bahasa dan komunikasi, kesedaran cetak, kesedaran fonologi, kefahaman naratif, dan tulisan awal. Pengkaji menggunakan analisis korelasi pekali Pearson untuk menentukan interkorelasi antara setiap konstruk kemahiran literasi awal dengan item-item. Dapatan analisis interkorelasi menunjukkan terdapat korelasi positif yang sangat kuat, kuat dan sederhana, dan signifikan antara setiap konstruk dengan item-item. Kajian ini dapat menjelaskan item-item atau kemahiran spesifik bagi setiap konstruk kemahiran literasi awal. Implikasinya, kajian ini dapat membantu ibu bapa dan pendidik untuk mendedahkan kemahiran literasi awal yang komprehensif kepada kanak-kanak berumur berumur 3+ hingga 4+ tahun.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Interkolerasi konstruk, kemahiran literasi awal, bahasa dan komunikasi, kesedaran cetak, kesedaran fonologi, kefahaman naratif, tulisan awal, awal kanak-kanak |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1140-1140.5 Preschool education. Nursery schools P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 17 Jun 2025 11:30 |
Last Modified: | 17 Jun 2025 11:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44180 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |