Rudie Adie Razak (2017) Faktor dorongan kerjaya dan pemilihan menjadi ekspatriat akademik di Universiti Malaysia Sabah. UNSPECIFIED thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Era globalisasi memperlihatkan peningkatan organisasi multinasional di peringkat antarabangsa. Kebergantungan organisasi terhadap tenaga kerja pakar dari negara luar yang dikenali sebagai ekspatriat turut meningkat termasuklah dalam sektor pendidikan tinggi di Malaysia. Keperluan Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta ke atas tenaga kerja yang terdiri daripada ekspatriat akademik bertujuan bagi memastikan industri pendidikan mampu memperbaiki kedudukan negara ini di peringkat global melalui aspek piawai dan kualiti graduan universiti. Kajian ini memfokuskan faktor utama mendorong kejayaan ekspatriat akademik berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah. Penyelidikan memilih untuk mengaplikasikan pendekatan kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes iaitu persampelan bertujuan menggunakan sesi temu bual separa berstruktur ke atas 20 orang akademik ekspatriat yang berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa faktor seperti pengaruh bahasa dalam adaptasi di negara tuan rumah, ciri-ciri personaliti yang perlu diamalkan, keyakinan diri, latihan silang budaya, identiti budaya dan asimilasi pasangan hidup dan keluarga merupakan pendorong kejayaan dominan seseorang ekspatriat akademik semasa berkhidmat di Malaysia. Manakala faktor seperti ekonomi dan hubungan negara tuan rumah dengan negara asal turut menyumbang sebagai pendorong subdominan. Hasil dari kajian ini dilihat sebagai satu input berharga bagi ekspatriat akademik itu sendiri dalam menyesuaikan diri dalam kerjaya arena pendidikan tinggi negara sekaligus menggalakkan pengekalan ekspatriat akademik di Universiti Malaysia Sabah khususnya dan industri pendidikan tinggi di Malaysia secara amnya.
Item Type: | Thesis (UNSPECIFIED) |
---|---|
Keyword: | Globalisasi, Ekspatriat Akademik, Institusi Pengajian Tinggi, Adaptasi Budaya, Latihan Silang Budaya |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management |
Department: | FACULTY > Labuan Faculty of International Finance |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 18 Jun 2025 10:07 |
Last Modified: | 18 Jun 2025 10:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44184 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |