Dayang@ Salmah Sidek (2003) Pengaruh pemberian makanan terhadap pertumbuhan pembesaran ayam pedaging (Arbor acre). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh pemberian diet dengan paras protein dan tenaga yang berbeza dapat mempengaruhi pertumbuhan ayam pedaging spesis Arbor acre. Sejumlah 1704 ekor anak ayam Arbor acre berumur satu hari digunakan sebagai bahan kajian dalam tempoh 49 hari. Skala percubaan berkisar diantara 105 -109 ekor adalah untuk mengkaji pertumbuhan ayam pedaging berumur satu hari (DOC) sehingga 49 hari. Makanan ayam mengandungi kadar protein yang berlainan disebut PR(D) 14% - 16% PR(C) 17% -18%, PR(B) 19% - 20% dan PR (A) 21 % - 23% diberikan kepada kelompok anak ayam. Dalam setiap sampel kajian makanan di buat sebanyak empat replika. Air minum diberikan secara ad libitum. Vaksin diberikan untuk pencegahan penyakit dan ubat-ubatan seperti antibiotik kepada ayam yang sakit. Data mengenai populasi awal, berat badan awal, mortaliti, konsumsi makanan, pertambahan berat badan direkod setiap hari. Kesemua data diproses untuk mendapatkan berat badan ayam pedaging, pertambahan berat badan dalam waktu tertentu, nisbah penukaran makanan, mortaliti pada umur tertentu, korelasi diantara keempat diet dengan berat badan, kadar tumbesaran spesifik dan kadar keberkesanan protein yang digunakan dalam makanan. Analisis statistik ANOVA sehala digunakan untuk mengkaji perbezaan yang wujud. Pada keseluruhannya pemberian makanan dengan PR(A) menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik diikuti dengan makanan PR (8), makanan PR(C) dan makanan PR(D) pada umur 49 hari dengan nilai masing masing 2.4 kg, 2.0 kg, 1.8 kg dan 1.5 kg. Analisis statistik mendapati perbezaan yang signifikan (p<0.05) dimana paras protein dan tenaga yang berbeza dalam makanan menunjukkan perolehan purata berat badan tertinggi 2.4 kg dan terendah 1.5 kg dalam waktu 49 hari. Perbezaan yang signifikan (p<0.05) ditemui dalam pencapaian berat pada umur 49 hari disemua paras protein dalam makanan yang diberikan. Secara statistik purata pertambahan berat badan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) pada pertumbuhan ayam pedaging di semua paras protein dalam makanan di mana kadar protein dan kandungan tenaga yang tinggi menghasilkan pertambahan berat badan yang lebih besar seperti terdapat dalam makanan PR(A). Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) dalam nisbah penukaran makanan bagi keempat-empat jenis makanan dimana paras protein dan tenaga yang tinggi dapat mengubah bahan makanan menjadi daging lebih berbanding dengan kandungan protein yang lebih rendah. Waiau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) yang di perolehi dalam kadar kematian, jumlah konsumsi makanan, kadar keberkesanan protein dan berbezaan purata tumbesaran spesifik. Melalui kajian ini didapati makanan yang mengandungi kadar protein dan tenaga yang tinggi, mempengaruhi tumbesaran ayam pedaging daripada spesis Arbor acre.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Ayam pedaging, Arbor Acre, Pemakanan haiwan, Protein dan tenaga dalam makanan ternakan, Pertambahan berat badan |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture > SF1-1100 Animal culture > SF94.5-99 Feeds and feeding. Animal nutrition |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 03 Jul 2025 09:54 |
Last Modified: | 03 Jul 2025 09:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44226 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |