Mohd Rosni Sulaiman (2022) Aflatoksin dalam kacang tanah mentah: pembangunan kaedah analisis, tahap kontaminasi serta kajian degradasinya. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (20MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan suatu kaedah analisis yang diubahsuai untuk meninjau tahap kontaminasi serta mengkaji kesan perlakuan suhu masa terhadap kandungan aflatoksin (AF) di dalam kacang tanah mentah tanpa kulit. Kaedah !SOLUTE™ Multimode Column (IMC) telah dipilih dan diubahsuai (MIMC) dengan tujuan untuk menggunakan semula satu unit kolum !SOLUTE™ Multimode sehingga 10 kali untuk pencucian sampel dalam analisis aflatoksin. Kesemua aras kepekatan (20, 400 dan 2000 ppb) AF-B1 dan AF-G1 di dalam sampel kacang tanah tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p > 0.05) di antara 10 kali ulangan penggunaan semula kolum yang sama. Ketepatan kaedah MIMC ini digambarkan oleh nilai perolehan semula keseluruhan yang tinggi iaitu 82.9 % untuk AF-B1 dan 101.9 % bagi AF-G1. Nilai pekali vaiiasi (CV) yang rendah iaitu 1.5 % bagi AF-B1 dan 1.3 % untuk AF-G1 pula menunjukkan kepersisan kaedah yang dibangunkan ini amat baik. Tambahan pula, kaedah ini bukan sahaja lebih murah berbanding dengan kaedah IMC dan kaedah National Resource Institute yang diubahsuai (MNRl) malah lebih cepat berbanding dengan kaedah MNRI. Sebanyak 145 sampel kacang tanah mentah tanpa kulit telah di an1bil dari 3 buah daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Larut Matang dan Kerian untuk dianalisis kandungan AF-B1 dan AF-G1 serta kehadiran kumpulan Aspergillus flavus. Kaedah pemiringan terus di atas agar Aspergillus Differential Media (ADM) digunakan untuk mengesan kehadiran kumpulan A. flavus manakala kandungan AF-B1 dan AF-G1 dianalisis menggunakan kaedah MIMC. Hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa insiden serta julat kehadiran kumpulan A. jlavus (86%, 1.0 x 102 - 1.1 x 105 cfu/g) dan kontaminasi oleh AF-B1 (50%, 0.85-547.51 ppb) dan AF-G1 (37%, 1.37-375.98 ppb) yang tinggi walaupun kesemua sampel yang dianalisis berada pada aras aktiviti air (aw) 0. 72. Insiden kontaminasi aflatoksin keseluruhan (B1 + G1) juga didapati tinggi (50%) dalam julat 0.85-762.05 ppb dan 45% daripadanya melebihi had maksima yang dibenarkan di Malaysia menurut Peraturan Makanan 1985. Kehadiran AF-B1 (r = 0.216) dan AF-G1 (r = 0.272) didapati berkorelasi secara lemah (p < 0.05) dengan jumlah kiraan koloni A. flavus. Kehadiran AF-B1 adalah berkorelasi secara sederhana (r = 0.698; p < 0.05) dengan kehadiran AF-Gi. Waiau bagaimanapun ditlapati tiada korelasi yang signifikan (p > 0.05) di antara nilai aktiviti air (aw) sampel dengan kehadiran kumpuianA.flavus, AF-Bi dan AF-G1. Kesan perlakuan pemanggangan kacang tanah menggunakan oven terhadap degradasi AF-B1 dan AF-G1 yang sengaja dimasukkan (S) dah yang secara .semulajadi mencemari (N) sampel juga telah dikaji. Pasangan perlakuan 150°C-3 jam didapati paling berkesan untuk memusnahkan AF-B1 (S) dan AF-Bi (N) di dalam kacang tanah mentah tanpa kulit. Pasangan suhu-masa yang paling berkesan untuk memusnahkan AF-G1 (S) ialal1 120°C-3 jam yang mana menunjukkan degradasi setinggi 84% dan tidak berbeza secara signifikan (p > 0.05) dengan keberkesanan pasangan 135°C-3 jam dan 150°C-3 jam. AF-G1 (N) pula dimusnahkan dengan paling berkesan oleh pasangan 150°C-1 jam yang menunjukkan peratus degradasi tertinggi (67%). Secara keseluruhannya didapati tahap kestabilan AF-Bi (S) dan AF-Bi (N) terhadap degradasi oleh perlakuan haba adalah hampir sama. Sebaliknya AF-Gi (S) didapati kurang stabil terhadap perlakuan haba berbanding denga.n AF-Gi (N). Melalui kajian ini, suatu kaedah analisis aflatoksin yang lebih mudah, murah, cepat, tepat serta persis telah dapat dibangunkan. Tahap kontaminasi kumpulan A. flavus serta aflatoksin di dalam sampel kacang tanah mentah tanpa kulit adalah tinggi bagi kesemua daerah kajian. Aflatoksin didapati sangat stabil terhadap perlakuan suhu-masa yang telah diberikan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Aflatoksin (AF‑B1, AF‑G1), Aspergillus flavus, Kacang tanah tanpa kulit, Kaedah kolum MIMC |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 20 Jun 2025 16:21 |
Last Modified: | 20 Jun 2025 16:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44230 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |