Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan and Amrullah Maraining (2025) Keselamatan makanan: Pemetaan penanaman semula kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah. MANU, 36 (1). pp. 1-16. ISSN 2590-4086
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Pengeksploitasian guna tanah melalui penanaman kelapa sawit di Lahad Datu merupakan isu yang kompleks. Hal ini kerana bukan sahaja mewujudkan pelbagai kesan terhadap alam sekitar, ekonomi dan masyarakat setempat tetapi juga berkait rapat dengan isu keselamatan makanan. Penanaman kelapa sawit secara besar-besaran menyebabkan pengurangan tanah pertanian makanan seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Situasi ini akhirnya menjejaskan ketersediaan makanan dan menyebabkan peningkatan import makanan dari luar negara. Selain itu penanaman kelapa sawit secara besar-besaran turut menyebabkan kemerosotan kualiti tanah dan menjadikan kurang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis tanaman yang penting untuk keseimbangan diet dan keselamatan makanan. Objektif utama makalah ialah pemetaan semula penanaman kelapa sawit dengan melibatkan pendekatan yang lebih strategik dalam menguruskan tanah untuk memastikan kelangsungan industri kelapa sawit disamping memelihara keselamatan makanan dan alam sekitar. Kajian mengaplikasikan kaedah kualitatif dan teknik pemerhatian di lapangan. Bagi mendapatkan hasil kajian yang komprehensif, kajian turut mengaplikasikan teknik penyeliaan analisis yang terdiri daripada pemetaan guna tanah dan litupan tanah (LULC) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian mendapati bahawa pengurusan tanah yang lebih seimbang dapat mengurangkan kesan negatif seperti kemerosotan kualiti tanah, kehilangan habitat, mempromosikan kepelbagaian tanaman di kawasan kelapa sawit, peningkatan pengeluaran makanan tempatan, pengurangan kebergantungan kepada import makanan dan peningkatan ketahanan terhadap krisis makanan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Industri kelapa sawit, Keselamatan Makanan, Pemetaan, Lahad Datu |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9000-9495 Agricultural industries S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 03 Jul 2025 10:51 |
Last Modified: | 03 Jul 2025 10:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44308 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |