Kerangka penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan lukisan model bar dalam kalangan murid tahun lima

Aspawati Haji Basri (2023) Kerangka penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan lukisan model bar dalam kalangan murid tahun lima. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES...pdf

Download (608kB)
[img] Text
FULLTEXT...pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Di Malaysia, penyelesaian masalah merupakan salah satu aspek utama dalam kurikulum matematik yang memerlukan murid-murid untuk mengaplikasi dan mengintegrasikan konsep-konsep dan kemahiran matematik serta membuat keputusan. Walau bagaimanapun, murid-murid telah dilaporkan mengalami kesukaran dalam penyelesaian masalah matematik dan hal ini berkait rapat dengan proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan oleh guru serta strategi penyelesaian masalah yang digunakan. Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman dan cara murid tahun lima di sekolah kebangsaan di daerah Tuaran dalam menyelesaikan masalah matematik berayat melibatkan operasi tambah dan tolak menggunakan lukisan model bar. Seramai lima orang murid tahun lima pelbagai aras pencapaian dalam matematik dan seorang guru matematik di sekolah kebangsaan di daerah Tuaran terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian kes yang melibatkan murid menjalani enam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan lukisan model bar. Data verbatim temu bual merupakan data utama yang disokong oleh data pemerhatian dan data analisis dokumen. Analisis daripada data yang dikumpulkan menunjukkan penggunaan lukisan model bar dalam pembelajaran dan pemudahcaraan penyelesaian masalah matematik berayat memberi implikasi yang positif terhadap sikap, motivasi dan kemahiran penyelesaian masalah murid. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan tujuh langkah penyelesaian model bar dengan menekankan empat fasa penyelesaian masalah Polya ini dapat meningkatkan keupayaan penyelesaian masalah matematik berayat dalam kalangan peserta kajian. Pola-pola dapatan kajian ini menghasilkan satu teknik penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan kaedah lukisan model bar berasaskan Model Polya. Teknik ini boleh dijadikan panduan kepada semua pihak khususnya kepada guru matematik sekolah rendah dalam usaha meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat murid-murid.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penyelesaian masalah matematik, Model Bar, Polya, Matematik berayat, Operasi tambah dan tolak
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Jul 2025 15:34
Last Modified: 21 Jul 2025 15:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44507

Actions (login required)

View Item View Item