Tahap penguasaan asas tatabahasa Arab pelajar menerusi pembelajaran secara dalam talian

Siti Nurul Aishah Abdul Hamid and Siti Aishah Ramli and Nur Shafiekah Sapan (2022) Tahap penguasaan asas tatabahasa Arab pelajar menerusi pembelajaran secara dalam talian. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 8 (25). pp. 95-106.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (359kB)

Abstract

Situasi pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap sektor pendidikan negara. Kerajaan Malaysia bertindak berusaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dengan mengarahkan kesemua institusi pengajian tinggi mengadakan aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) menggantikan mod secara bersemuka di bilik kuliah. Pelajar perlu menghadapi suasana pembelajaran yang lebih mencabar untuk memastikan proses PdP itu tetap berlaku. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan asas tatabahasa Arab pelajar serta meneliti kesalahan-kesalahan tatabahasa yang dilakukan. Rekabentuk penyelidikan ini dijalankan dengan menggabungkan antara pendekatan kuantitatif yang menggunakan instrumen ujian bagi mendapatkan data dan pendekatan kualitatif yang menggunakan metode analisis. Sampel kajian melibatkan seramai 47 pelajar Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran Informatik (FKI) yang mendaftar dalam Kursus Bahasa Arab (KBA) bagi Tahap III di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Data diambil berdasarkan skor ujian dan analisis dokumen daripada hasil jawapan pelajar. Tahap penguasaan asas tatabahasa Arab pelajar diukur menggunakan instrumen set ujian tatabahasa Arab berdasarkan format Penilaian Komunikasi Bertulis (PKB) dan dianalisis secara analisis deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Manakala kesalahan-kesalahan tatabahasa Arab diteliti melalui dokumen jawapan pelajar. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan asas tatabahasa Arab pelajar masih berada dalam tahap lemah dan memerlukan kepada penambahbaikan di masa hadapan.

Item Type: Article
Keyword: Tahap penguasaan, Asas tatabahasa Arab, Pelajar UMSKAL
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Jul 2025 15:32
Last Modified: 25 Jul 2025 15:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44671

Actions (login required)

View Item View Item