Potensi e-modul dalam pembelajaran bahasa arab pada era globalisasi

Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid and Wan Muhammad Wan Sulong and Nik Farhan Mustapha and Mohd Azidan Abdul Jabar (2023) Potensi e-modul dalam pembelajaran bahasa arab pada era globalisasi. Innovative Teaching and Learning Journal, 7 (1). pp. 1-11.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (400kB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer dan e-pembelajaran adalah antara ciri-ciri yang mencorakkan pembelajaran bahasa Arab pada era Pembelajaran Abad ke-21 dan era Revolusi Industri 4.0. Kehadiran e-modul yang mengadunkan dua ciri tersebut ke dalam landskap pembelajaran bahasa Arab secara dalam talian berjaya memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di tengah penularan pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk merungkai potensi e-modul dan keberkesanan dalam PdP bahasa Arab. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Pengumpulan data kajian melibatkan penelitian bahan literatur kajian lepas dan dokumen berkaitan yang seterusnya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat lima potensi utama yang dikenalpasti iaitu e-modul beroperasi melalui sebarang produk berasaskan Internet of Things (IoT), e-modul sebuah alternatif pembelajaran secara maya, e-modul boleh digunakan tanpa mengira waktu dan tempat, e-modul kaya dengan elemen multimedia, e-modul menggunakan pendekatan pembelajaran yang diperibadikan dan e-modul memupuk cara menggunakan teknologi dengan sewajarnya. Kajian turut mencadangkan agar penelitian lebih mendalam pada masa akan datang berhubung trend perkembangan e-modul bahasa Arab berdasarkan sorotan kajian lepas dijalankan agar bidang tersebut boleh diperkasakan.

Item Type: Article
Keyword: Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer, E-pembelajaran, Bahasa Arab, E-modul, Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 07 Aug 2025 11:14
Last Modified: 07 Aug 2025 11:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44716

Actions (login required)

View Item View Item