Siti Rohani Jasni and Mohd Hatib Ismail (2025) Impak kepelbagaian genre permainan dalam pembelajaran kosa kata Arab bagi penutur bukan natif. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 12 (1). pp. 148-158.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (417kB) |
Abstract
Hafalan lazimnya telah menjadi kaedah terpenting untuk mempelajari kosa kata Arab yang pelbagai. Namun, variasi pola kata Arab yang kompleks sering menjadi halangan utama kepada pelajar apabila terpaksa menghafal sejumlah perkataan yang banyak. Kesukaran ini semakin ketara apabila pelajar tidak dapat mengaitkan perkataan yang dipelajari dengan konteks sebenar dan kurang diberi peluang untuk menggunakannya dalam aktiviti komunikasi harian. Keadaan ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi pasif dan pelajar mudah melupakan perkataan yang telah dipelajari dalam tempoh yang singkat. Bagi mengatasi masalah ini, pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif perlu diterapkan melalui aplikasi permainan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka genre permainan dalam pembelajaran bahasa Arab dan mengkaji impaknya terhadap penguasaan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar bukan natif. Metodologi kajian berbentuk kajian kepustakaan melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati beberapa istilah yang digunakan merujuk kepada permainan dalam pembelajaran antaranya ialah permainan pendidikan, permainan serius, permainan didik hibur dan gamifikasi. Terma yang digunakan untuk permainan dalam pembelajaran membawa tujuan dan fungsi yang sama untuk mencipta pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. Kajian mendapati bahawa permainan menyumbang impak positif terhadap pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Penerapan elemen permainan dalam pembelajaran bahasa Arab bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman pelajar tetapi berupaya mengekalkan ingatan untuk jangka masa yang panjang melalui amalan praktis. Implikasi kajian ini diharap dapat menyumbang idea kepada para pendidik untuk menerapkan permainan sebagai strategi inovatif dalam pengajaran bahasa Arab bagi membantu pelajar menguasai kosa kata dengan lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Permainan pendidikan, Gamifikasi, Permainan didik hibur, Bahasa Arab, Genre permainan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 06 Aug 2025 15:31 |
Last Modified: | 06 Aug 2025 15:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44792 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |