Persepsi guru terhadap agihan tugas dan kepuasan kerja guru

Katriani Moijohn (2013) Persepsi guru terhadap agihan tugas dan kepuasan kerja guru. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (865kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Dalam usaha mencapai kecemerlangan berterusan, kepimpinan sekolah perlu berperanan secara proaktif untuk membangunkan para guru kerana guru merupakan pelaksana dasar, visi dan misi sekolah dalam mencapai matlamat sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap agihan tugas termasuk aspek beban tugas, perancangan dan kawalan, sikap guru dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan terhadap 240 orang guru daripada enam buah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Kata Kinabalu. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows versi 16.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk membuat bacaan, tafsiran serta menghuraikan hasil kajian. Statistik inferensi seperti ujian-t dua kumpulan tak bersandaran, ANOVA, kolerasi Pearson-r dan regresi berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap agihan tugas adalah pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara agihan tugas dengan kepuasan kerja guru. Ujian regresi berganda pula menunjukkan sikap guru dan agihan tugas adalah berpengaruh terhadap kepuasan kerja guru. Secara keseluruhannya, kedua-dua aspek ini memberi pengaruh sebanyak 40.7% ke atas kepuasan kerja guru dengan aspek sikap guru adalah pemberi pengaruh yang lebih tinggi berbanding agihan tugas.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan sekolah, Agihan tugas guru, Beban kerja guru, Perancangan dan kawalan kerja, Sikap guru, Kepuasan kerja guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Aug 2025 10:40
Last Modified: 15 Aug 2025 10:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44960

Actions (login required)

View Item View Item