Wang, Siew Fatt (2013) Persepsi guru senior terhadap kerjaya naik pangkat: Kajian kes di sekolah rendah jenis kebangsaan cina bandar dan luar bandar di daerah Sandakan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (816kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (10MB) |
Abstract
Isu kenaikan pangkat dalam kalangan guru senior khasnya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sering menjadi satu topik perbincangan pihak swasta ataupun pihak kerajaan khasnya dalam bidang Pendidikan. Objektif kajian ini ialah untuk meninjau persepsi mengenai penolakan kenaikan pangkat dengan faktor-faktor yang menyumbang kepada fenomena ini dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina bandar dan luar bandar di daerah Sandakan. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik yang diubahsuai dari kajian-kajian lepas iaitu Lui Ah Kan (1997), Mohd. Anuar Kamaruddin (1997), Choo Kheng Pin (2001), Nurul Ezzati (2008), Gnana Sekaran Doraisamy (2007), Nur Damayanti (2009), Chua Lee Chuan (2010) dan Mohamad Abdillah Rayo dan Woo Sew Fun (2010). Program SPSS 19.0 for Windows digunakan untuk menganalisis data-data yang diperolehi. Kenormalan data diuji dengan ujian skewness dan kurtosis dengan nilai-nilai tersebut terletak antara ±2. Ujian-t ( dua kumpulan sampel tak bersandaran dan bersandaran) dan juga Kolerasi Pearson digunakan untuk menguji data-data prametrik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi dengan faktor-faktor yang mempengaruhi guru senior dalam penolakan kenaikan pangkat. Manakala ujian statistik juga membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dan lokasi tempat bertugas dengan persepsi penolakan kenaikan pangkat. Kelemahan dan kekurangan kajian dikenalpasti dan cadangan-cadangan dikemukakan bagi memperbaiki kajian ini. Cadangan yang dikemukakan merupakan pedoman untuk penyelidikan lanjutan dan dapat digunakan sebagai bahan rujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menguruskan isu kenaikan pangkat para pendidik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kenaikan pangkat guru, Guru senior sekolah rendah, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Persepsi guru terhadap kenaikan pangkat |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Aug 2025 11:47 |
Last Modified: | 15 Aug 2025 11:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44978 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |