Huan, Hung Ding (2007) Pengesanan dan pembetulan ralat penghantaran data dalam sistem komunikasi data. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000664.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah membina satu aturcara prototaip pengesanan dan pembetulan ralat penghantaran data dalam sistem komunikasi data. Objektif kajian ini ialah mengesan dan membetulkan ralat penghantaran data dalam sistem komunikasi data. Aturcara prototaip ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 6.0 Working Model berserta dengan Microsoft Office Access 2003. Secara asasnya, perkembangan prototaip ini merupakan satu pengaturcaraan yang mampu dilaksanakan di dalam komputer peribadi pengguna yang mempunyai perisian Microsoft Visual Basic 6.0 Working Model dan Microsoft Office Access 2003. Prototaip ini merupakan satu aturcara prototaip digunakan oleh pengguna untuk tujuan mengesan ralat yang terdapat dalam data yang dimasukkan lalu membetulkannya secara elektronik melalui agoritma yang digunakan. Prototaip yang dihasilkan ini adalah bersifat mesra pengguna iaitu mudah difahami penggunaannya serta senang digunakan. Hasil kajian ini mendapati bahawa aturcara prototaip yang dibina ini dapat membantu pengguna mengesan ralat data semasa pengguna memasukkan data. Ia juga boleh membetulkan ralat yang dikesan dengan segera setelah pengguna memberi arahan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Communication systems, Programming prototype, Algorithm, Microsoft Visual Basic 6.0 Working Model, Microsoft Office Access 2003 |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication Including telegraphy, telephone, radio, radar, television |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 03 Aug 2012 08:32 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 14:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4498 |
Actions (login required)
View Item |