Aminah Jekri and Crispina Gregory K Han and Nur Farha Shaafi (2025) Cabaran dan potensi kecerdasan buatan generatif dalam pendidikan STEM: Suara guru sains di Sabah. Innovative Teaching and Learning Journal, 9. pp. 316-325.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Seiring dengan perkembangan pesat dunia teknologi dan digital, integrasi kecerdasan buatan generatif dalam pendidikan STEM sedang giat diperluas. Walau bagaimanapun, tinjauan lepas mendapati tahap penggunaan teknologi tersebut adalah minima khususnya dalam pendidikan sains. Justeru, satu kajian kuantitatif telah dijalankan bagi mengenal pasti persepsi 323 orang guru sains sekolah menengah di seluruh Sabah berkaitan cabaran yang dihadapi dalam penggunaan teknologi tersebut. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada 15 item, dan data dianalisis menerusi perisian SPSS versi 27.0. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap cabaran penggunaan berada pada aras tinggi (M = 3.79, SD = .190). Dapatan turut memperlihatkan bahawa kekangan utama dalam penggunaan teknologi ini berpunca daripada aspek pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan guru. Secara empirikal, guru veteran dikenal pasti menghadapi cabaran penggunaan teknologi yang lebih besar. Implikasinya, cabaran pelaksanaan ini perlu ditangani secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan pendidikan STEM yang lebih berkesan dan inklusif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kecerdasan buatan generatif, Pendidikan STEM, Cabaran penggunaan, Guru Sains, Dasar Pendidikan Digital |
Subjects: | L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 21 Aug 2025 11:15 |
Last Modified: | 21 Aug 2025 11:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45025 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |