Rumaizah Rahim and Tengku Sarina Aini Tengku Kasim and Abd Aziz Rekan (2025) Syura dan muhasabah dalam kepimpinan distributif oleh guru Pendidikan Islam: Memperkukuh komuniti pembelajaran profesional. Journal of Islamic Educational Research (JIER), 11 (1). pp. 11-19. ISSN 3083-9505
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (343kB) |
Abstract
Artikel ini membincangkan secara konseptual pengintegrasian nilai-nilai Islam, khususnya syura (musyawarah) dan muhasabah (refleksi kendiri), dalam memperkukuh pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) melalui pendekatan kepimpinan distributif oleh Guru Pendidikan Islam yang memegang peranan kepimpinan pertengahan. Walaupun KPP diiktiraf sebagai strategi utama pembangunan profesional guru secara kolaboratif, pelaksanaannya di Malaysia masih terhalang oleh budaya hierarki, kekangan masa, dan amalan refleksi yang bersifat mekanikal serta kurang bermakna. Artikel ini berhujah bahawa nilai-nilai Islam yang berteraskan al-Qur’an serta pemikiran sarjana seperti al-Ghazali dan al-Mawardi merupakan asas penting dalam membentuk budaya kerja profesional yang berintegriti, berpaksikan spiritualiti Islam dan lestari. Berteraskan prinsip syura dan muhasabah, satu kerangka konseptual diketengahkan untuk memandu pelaksanaan KPP menerusi pendekatan kepimpinan distributif oleh guru yang berperanan sebagai pemimpin pertengahan termasuk penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, ketua panitia, guru cemerlang serta jurulatih atau fasilitator bidang. Model KPP oleh Hord (1997, 2004) dan Teori Kepimpinan Distributif oleh Gronn (2002) disusun semula agar selari dengan nilai-nilai Islam, demi menjamin pembangunan profesional guru yang berpaksikan etika, spiritualiti dan tanggungjawab kolektif. Pendekatan ini diyakini mampu memacu transformasi ekosistem pembelajaran profesional yang lebih reflektif, inklusif dan berpaksikan nilai. Implikasi terhadap pembangunan latihan guru, penambahbaikan dasar pendidikan, serta pembudayaan kolaborasi profesional yang bermaruah turut dihuraikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Syura, Muhasabah, Kepimpinan Distributif, Komuniti Pembelajaran Profesional, Guru Pendidikan Islam |
Subjects: | L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 22 Aug 2025 10:05 |
Last Modified: | 22 Aug 2025 10:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45041 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |