Pengaruh strategi pembelajaran kognitif terhadap literasi bahasa asing

Haryantie Gopoit and Nur Amirah Nadiah binti Mustapa kamal and Florina Jumil and Brenda Olivera and Nor Dawirah Rahman and Noorafini Kassim (2025) Pengaruh strategi pembelajaran kognitif terhadap literasi bahasa asing.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (313kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh strategi pembelajaran kognitif (SPK) terhadap tahap literasi bahasa asing dalam kalangan pelajar universiti di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Secara khususnya, kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenal pasti sejauh mana penggunaan strategi pembelajaran kognitif dalam kalangan pelajar bahasa Sepanyol, dan mengkaji pengaruh strategi tersebut terhadap literasi bahasa asing pelajar. Strategi pembelajaran kognitif merujuk kepada pendekatan yang digunakan oleh pelajar untuk memahami, mengingati dan menggunakan maklumat secara berkesan semasa proses pembelajaran bahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 92 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai responden. Data dianalisis menggunakan ujian regresi linear mudah bagi mengenal pasti hubungan antara strategi pembelajaran kognitif dan tahap literasi bahasa asing. Hasil analisis menunjukkan bahawa hubungan antara strategi pembelajaran kognitif dan tahap literasi adalah sangat lemah dan tidak signifikan (R = 0.086, R² = 0.007, p = 0.349). Ini bermakna strategi pembelajaran kognitif hanya menjelaskan 0.7% varians dalam tahap literasi, dan bukanlah peramal yang signifikan terhadap pencapaian literasi bahasa asing pelajar. Dapatan ini mencadangkan bahawa terdapat faktor lain yang mungkin lebih dominan mempengaruhi literasi bahasa asing pelajar. Oleh itu, kajian lanjutan disarankan agar mempertimbangkan peranan strategi pembelajaran lain seperti strategi metakognitif dan afektif, serta faktor motivasi dan persekitaran pembelajaran.

Item Type: Proceedings
Keyword: Strategi pembelajaran kognitif, literasi bahasa asing, regresi, pelajar universiti, bahasa Sepanyol
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P1-85 General
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 04 Sep 2025 15:56
Last Modified: 04 Sep 2025 15:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45100

Actions (login required)

View Item View Item