Hubungan penyeliaan pengajaran oleh pihak pengurusan dengan efikasi guru dan kecemerlangan kerja guru

Salbiah Karim (2013) Hubungan penyeliaan pengajaran oleh pihak pengurusan dengan efikasi guru dan kecemerlangan kerja guru. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (880kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui seal selidik ke atas 5 buah sekolah yang pernah menerima anugerah Bai'ah di daerah Tawau. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk penyeliaan yang dilaksanakan ke atas guru-guru di sekolah berkenaan dan meninjau hubungan penyeliaan pengajaran terhadap efikasi guru seterusnya kecemerlangan kerja guru. Sebanyak 108 set seal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang pernah diselia oleh pihak pengurusan. Kajian rintis dijalankan menggunakan kaedah Alpha Cronbach bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisa menggunakan "Statstical Package For Social Science" (SPSS 15.0 for windows). Ujian Korelasi digunakan untuk menguji hubungan penyeliaan pengajaran dengan efikasi guru dan kecemerlangan kerja guru dan min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisa data tentang persepsi guru dan bentuk penyeliaan yang telah dilaksanakan. Kajian mendapati bahawa guru-guru di sekolah kajian bersetuju dengan penyeliaan yang dilaksanakan ke atas mereka dan bersetuju bahawa penyeliaan berbentuk klinikal menjadi amalan di sekolah kajian. Kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara penyeliaan pengajaran dengan efikasi guru dan kecemerlangan kerja guru di sekolah kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penyeliaan pengajaran, Efikasi guru, Kecemerlangan kerja guru, Persepsi guru, Sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Sep 2025 15:49
Last Modified: 04 Sep 2025 15:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45144

Actions (login required)

View Item View Item