Nadia Adlyn Yussof (2013) Implikasi iklim organisasi ke atas kepuasan kerja dan efikasi kendiri guru. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (879kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti implikasi iklim organisasi terhadap kepuasan kerja dan efikasi kendiri guru di beberapa sekolah menengah dalam daerah Lahad Datu. Kajian ini bertujuan untuk mengupas bagaimana kepuasan kerja guru dapat dicapai dengan melihat kepada iklim organisasi. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru pada masa kini. Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru yang mengajar di lapan buah sekolah menengah (n = 250) yang berada dalam daerah Lahad Datu. Data diperoleh melalui seal selidik. Indeks kebolehpercayaan Cronbach's Alpha untuk Iklim Organisasi (0.626), Kepuasan Kerja Guru (0.825) dan Efikasi Kendiri Guru (0.769) adalah memuaskan. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif (min, sisihan piawai dan peratus) serta statistik inferensi (Korelasi, Ujian t, ANOVA dan Regresi Pelbagai). Data kajian diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya iklim organisasi memberi implikasi ke atas kepuasan kerja dan efikasi kendiri guru. Tahap kepuasan kerja guru bagi subjek kajian adalah di tahap yang sederhana manakala tahap efikasi kendiri guru berada di tahap yang tinggi.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Organizational climate, Job satisfaction, Teacher self-efficacy, Secondary school teachers, School environment, Teacher motivation |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 23 Sep 2025 10:26 |
| Last Modified: | 23 Sep 2025 10:26 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45163 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

