Program latihan mengajar kursus diploma perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Kent: Satu tinjauan tentang kesan perlaksanaan program

Mansor Md Desa (2004) Program latihan mengajar kursus diploma perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Kent: Satu tinjauan tentang kesan perlaksanaan program. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (435kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas kesan perlaksanaan program latihan mengajar Fasa II yang dikendalikan oleh Maktab Perguruan Kent, Tuaran Sabah dari persepsi guru pelatih,pensyarah dan guru pembimbing. Aspek- aspek yang dilihat adalah aspek kesan program, pengaplikasian teori dan amali serta manfaat latihan tersebut. Di samping itu, kajian ini turut mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan program latihan rnengajar berdasarkan Model OPP (peniiaian produk). Responden yang terlibat seramai 130 orang guru pelatih yang telah tamat menjalani program latihan mengajar Fasa II, 30 orang pensyarah dan 20 orang guru pembimbing. Data-data diperolehi melalui dua set borang soal selidik iaitu borang soai selidik set A untuk guru petatih dan borang soat selidik set B untuk pensyarah dan guru pembimbing. Kaedah statistik deskriptif seperti min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai digunakan untuk penganalisaan data. Secara umumnya tahap kesan periaksanaan program latihan mengajar Fasa II mengikut persepsi kedua-dua kategori responden adalah berkesan berdasarkan skor min guru pelatih yang tinggi iaitu 3.49 dan skor min pensyarah dan guru pembimbing iaiah 3 .21. Dapatan kajian ini juga menunjukkan penempatan guru pelatih telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran, berdasarkan skor min guru pelatih 2. 74 dan skor min pensyarah serta guru pembimbing 2.10. Walaupun tahap kesan program latihan mengajar Fasa 11 secara menyeluruhnya adalah beri<esan, penyelidik yakin bahawa prestasi guru pelatih, pensyarah dan guru pembimbing masih boleh ditingkatkan lagi jika langkah­langkah penambahbaikan dapat dirancang dan dilaksanakan dalam program latihan mengajar Fasa II di masa akan datang, terutamanya dari aspek tempoh latihan mengajar, aspek refleksi kendiri guru pelatih, pengurusan ko-kurikulum dan kursus mentoring kepada guru pembimbing. Dapatan ini adalah satu kajian awal dan perlu dipertingkatkan lagi melalui kajian lanjutan untuk memberikan satu dapatan lebih menyeluruh.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Teacher training program, Teaching practicum, Student teachers’ perception, Supervising lecturers’ perception, Mentor teachers’ perception
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Sep 2025 15:12
Last Modified: 24 Sep 2025 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45223

Actions (login required)

View Item View Item