Penggunaan komputer dalam pengurusan pendidikan di kalangan guru-guru sekolah-sekolah menengah di daerah Tamparuli, Sabah: Satu tinjauan

Rostina Apok (2004) Penggunaan komputer dalam pengurusan pendidikan di kalangan guru-guru sekolah-sekolah menengah di daerah Tamparuli, Sabah: Satu tinjauan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (867kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap penggunaan komputer, penyertaan kursus komputer, dan sikap terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah di daerah Tamparuli. Sejumlah 102 responden yang terdiri daripada guru-guru telah mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Penganalisaan data telah dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan pemeratusan, kekerapan dan min. Di samping itu ujian-t telah digunakan untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap sikap penggunaan komputer dari segi kelulusan akademik, latihan ikhtisas, pengalaman mengajar, penyertaan kursus, pemilikan komputer dan jantina. Selain daripada itu ANOVA satu hala telah digunakan juga bagi melihat perbezaan tahap penggunaan komputer dari segi pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan mencapai 60.8%. Sejumlah 61.8% guru-guru pernah menyertai kursus komputer. Kajian berkaitan sikap respondan terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan di sekolah menunjukkan semua respondan mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan sekolah. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan sikap dan tahap penggunaan komputer. Melalui kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan. Antaranya ialah menyediakan kursus-kursus khas kepada guru-guru khususnya yang telah bertugas lebih 10 tahun kerana kajian mendapati bahawa mereka lemah dari segi penggunaan komputer berbanding mereka yang bertugas 1-3 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia patut mengkaji semula cara pengendalian termasuk kelayakan tenaga pengajar bagi kursus komputer dalam pendidikan yang dikendalikan di maktab-niaktab perguruan, menambahkan bilangan komputer yang sesuai dengan nisbah guru-guru di sekolah dan menyediakan juruteknik yang bukan di kalangan guru bagi membaikpulih komputer di sekolah, memberi perisian berkaitan pengurusan sekolah secara percuma dan mewujudkan hubungan rangkaian perkomputeran tempatan. Akhirnya diharapkan kajian ini akan dilanjutkan oleh penyelidik seterusnya bagi mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan penggunaan komputer di sekolah bagi tujuan meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Computer usage in schools, Educational technology adoption, Computer literacy among teachers, Teacher training in ICT, Attitudes toward computer use
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Sep 2025 15:14
Last Modified: 24 Sep 2025 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45224

Actions (login required)

View Item View Item