Persepsi guru terhadap perkongsian sekolah dan keluarga dalam meningkatkan pendidikan anak-anak: Satu kajian di daerah Tuaran

Elizabeth Ebin (2004) Persepsi guru terhadap perkongsian sekolah dan keluarga dalam meningkatkan pendidikan anak-anak: Satu kajian di daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif dan perkaitan ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap konsep perkongsian pendidikan antara sekolah dan keluarga dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan persepsi guru-guru terhadap (1) konsep perkongsian pendidikan dan peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa; (2) kaedah perkongsian yang digunakan oleh pihak sekolah; (3) isu-isu yang dibincangkan antara ibu bapa dan pihak sekolah dan ( 4) tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Pemilihan sampel melibatkan 5 buah sekolah menengah sekitar daerah Tuaran. Seramai 173 orang guru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data di analisis menggunakan perisian SPSS dengan merujuk kepada statistik deskriptif, ujian regresi berganda dan ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konsep perkongsian pendidikan. Bagi peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa mengikut 6 model penglibatan ibu bapa oleh Epstein, responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap tiga aktiviti yang menggalakkan penglibatan iaitu aspek membuat keputusan, komunikasi dan sukarela. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa hubungan antara peranan sekolah dalam menggalakkan perkongsian keluarga dan sekolah dengan peningkatan prestasi akademik adalah negatif. Namun hubungan ini adalah lemah. Bermakna hubungan antara persepsi responden terhadap penglibatan ibu bapa dalam aspek membuat keputusan dan sukarela tidak memberi kesan kepada peningkatan akademik pelajar. Kaedah perkongsian dan isu-isu yang dibincangkan di antara sekolah dan ibu bapa juga tidak mempengaruhi peningkatan akademik. Hanya isu berkaitan kaedah mengajar guru­guru yang mempengaruhi peningkatan akademik. Jenis penglibatan yang paling banyak memberi kesan kepada peningkatan akademik pelajar ialah perbincangan dengan guru tentang pencapaian akademik anak-anak mereka. Guru-guru menyatakan bahawa kaedah menulis mesej dalam buku kerja, melalui nota, membuat temujanji dan melalui telefon sebagai kaedah yang paling banyak digunakan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Dapatan kajian ini mencadangkan guru-guru mengamalkan sikap terbuka bagi menggalakkan komunikasi dua hala dan penglibatan ibu bapa di sekolah. Walaupun responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konsep pendidikan namun perlaksanaannya masih perlukan bimbingan dan usaha yang lebih bersungguh­sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: School–family partnership, Parental involvement in education, Teacher perception on parental engagement, Epstein’s model of parental involvement
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Sep 2025 15:14
Last Modified: 24 Sep 2025 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45227

Actions (login required)

View Item View Item