Kebimbangan dan sikap terhadap komputer di kalangan guru-guru sains dan matematik di sekolah menengah di daerah Lawas

Julkipli Tangah (2004) Kebimbangan dan sikap terhadap komputer di kalangan guru-guru sains dan matematik di sekolah menengah di daerah Lawas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (966kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kebimbangan komputer dan sikap terhadap komputer di kalangan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah menengah di Daerah Lawas, Sarawak, perbezaan tahap kebimbangan dan sikap terhadap komputer berdasarkan pembolehubah demografi. Sampel kajian terdiri daripada 41 orang guru Sains dan Matematik di sekolah menengah di Daerah Lawas, Sarawak. Ini terdiri daripada 31. 7 % guru lelaki (n=13) dan 68.3 % guru perempuan (n=28). Dapatan menunjukkan bahawa guru Sains dan Matematik di sekolah menengah di Daerah Lawas, Sarawak mempunyai tahap kebimbangan komputer yang rendah (min=l.57) dan mempunyai sikap positif terhadap komputer (min=3.15). Guru yang memiliki komputer mempunyai tahap kebimbangan yang rendah (min=1.50) berbanding dengan yang tidak memiliki komputer (min=2.00) tetapi sikap terhadap komputer adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Guru lelaki didapati mempunyai sikap yang lebih positif (min=3.32) berbanding dengan guru perempuan (min=3.07) tetapi tahap kebimbangan komputer tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Oleh itu adalah dicadangkan supaya guru-guru Sains dan Matematik diberikan latihan komputer supaya kemahiran mereka meningkat.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Computer anxiety, Attitudes toward computers, Science teachers, Mathematics teachers, Secondary school teachers
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Sep 2025 09:50
Last Modified: 29 Sep 2025 09:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45271

Actions (login required)

View Item View Item