Hubungan tahap kemahiran komputer dan jantina dengan sikap penggunaan komputer di kalangan guru mata pelajaran sains dan matematik: Suatu kajian di sekolah menengah daerah Papar

Alexius B.L.B Unjie (2004) Hubungan tahap kemahiran komputer dan jantina dengan sikap penggunaan komputer di kalangan guru mata pelajaran sains dan matematik: Suatu kajian di sekolah menengah daerah Papar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (148kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini mengupas tentang hubungan tahap kemahiran komputer dan faktor jantina terhadap sikap penggunaan komputer di kalangan guru mata pelajaran Sains dan Matematik. Kajian ini telah dilakukan di lima buah sekolah menengah di Daerah Papar yang melibatkan 41 orang guru sebagai sampel kajian. Skala sikap terhadap komputer (CASComputer Attitude Scale) yang diperkenalkan oleh Gressard dan Loyd digunakan untuk mengukur tahap sikap terhadap komputer responden, manakala tahap kemahiran komputer diukur menggunakan Standardized Test of Computer Literacy (STCL) yang diperkenalkan oleh Montag, Simonson dan Maurer. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap kemahiran komputer yang sederhana, manakala mempunyai sikap yang positif tinggi terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran bilik darjah. Analisis yang dilakukan menggunakan program SPSS mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran komputer dan sikap terhadap penggunaan komputer dengan pelbagai aspek demografi responden seperti jantina, umur, tahap pendidikan dan sebagainya. Ujian korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif linear yang signifikan d i a ntara t ahap k emahiran d engan s ikap guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran. lni bermakna tahap kemahiran komputer mempengaruhi sikap guru terhadap penggunaan komputer, yakni semakin tinggi tahap kemahiran komputer semakin positif sikap terhadap penggunaan komputer di kalangan guru Daripada pelbagai masalah yang disenaraikan majoriti responden menyatakan bahawa mereka sukar menyesuai dan menggabungkan penggunaan komputer dengan isi pengajaran sebagai masalah paling utama yang mereka hadapi. Manakala, apabila menghadapi masalah dalam penggunaan komputer dalam pengajaran, kebanyakan responden mengambil langkah untuk­ mengelakkan daripada menggunakan komputer sebagai langkah yang paling utama. Melalui kajian ini, pelbagai cadangan telah disarankan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan sikap positif terhadap penggunaan komputer terutama kepada guru-guru; antaranya menekankan kepentingan latihan kemahiran formal dan kempen kesedaran tentang manfaat dan kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Computer skills, Computer literacy, Computer Attitude Scale, Teacher attitudes toward computers, Computer use in teaching
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Sep 2025 16:28
Last Modified: 29 Sep 2025 16:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45275

Actions (login required)

View Item View Item