Hubungkait antara kefahaman konsep dengan aplikasi perancangan strategik di kalangan guru sekolah kebangsaan daerah Semporna

Amirullah Ajirul (2008) Hubungkait antara kefahaman konsep dengan aplikasi perancangan strategik di kalangan guru sekolah kebangsaan daerah Semporna. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (219kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan antara kefahaman konsep Perancangan Strategik dengan pengaplikasiannya di kalangan guru sekolah kebangsaan. Satu kajian yang telah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan daerah Semporna. Sabah. Untuk tujuan itu, sejumlah 240 orang guru yang sedang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan Gred A daerah Semporna telah dipillh secara rawak mudah sebagai responden kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif, iaitu melalui soal selidik. Data yang diperolehi tel ah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi iaitu melibatkan min, kekerapan dan peratus, ujian Korelasi, Ujian ANOVA dan ujian T dalam program SPSS Versi 15. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman guru terhadap konsep PS dan pengaplikasiannya di sekolah kebangsaan adalah sederhana dan tinggi. Ini telah menyebabkan mereka lebih mudah mengaplikasikan Perancangan Strategik dalam kerjaya mereka. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang kuat antara kefahaman konsep PS dengan pengaplikasiannya dalam kerjaya guru di sekolah kebangsaan daerah Semporna dengan nilai r=0.608, (P<0.05). Waiau bagaimanapun, hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang ta hap kefahaman konsep PS berdasarkan jantina (t=-0. 771, P>0.05), pengalaman mengajar (t=-0.871, P>0.05) dan juga kelulusan akademik (F=0.548, P>0.05) guru. Dapatan daripada kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mengetahui peranan Perancangan Strategik di sekolah-sekolah kebangsaan. Di samping itu, beberapa cadangan boleh dibentuk sebagai panduan dan rujukan tentang keberkesanan pelaksanaan Perancangan Strategik di sekolah dalam usaha penambahbaikan untuk pembangunan pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Strategic planning, Application of strategic planning, Teacher perception, Understanding of strategic planning concepts
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Sep 2025 16:30
Last Modified: 29 Sep 2025 16:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45277

Actions (login required)

View Item View Item