Raymie A. Bakar (2006) Penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian ini adalah melihat tahap penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau. Responden kajian ini adalah seramai 90 orang guru siswazah dan bukan siswazah yang menggunakan laptop sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sampel yang digunakan juga merangkumi populasi kajian dan diambil daripada kesemua sembilan buah sekolah menengah di daerah Keningau. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah kajian adalah menggunakan satu set soal selidik. Teknik analisis deskriptif, ujian- t, ANOVA dan MS Excel digunakan bagi menganalisis data melalui perisian SPSS 10.0. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan tahap yang tinggi dalam penggunaan laptop di kalangan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dapatan tentang tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran dengan bidang mata pelajaran yang diajar, kelulusan akademik dan jantina. Sementara itu terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran dengan umur di kalangan gµruguru.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Laptop usage in education, Educational technology, Teachers’ perception, Teaching and learning, Secondary school teachers, Keningau, Sabah Malaysia education |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 30 Sep 2025 09:47 |
| Last Modified: | 30 Sep 2025 09:47 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45289 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

