Hubungan perlaksanaan pengupayaan terhadap kepuasan kerja guru-guru kanan di sekolah menengah daerah Tuaran, Sabah

Abd. Razid Mohamed (2006) Hubungan perlaksanaan pengupayaan terhadap kepuasan kerja guru-guru kanan di sekolah menengah daerah Tuaran, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (938kB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan melihat hubungan antara perlaksanaan pengupayaan terhadap kepuasan kerja di kalangan guru­guru kanan sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Keseluruhan 115 populasi guru-guru penolong kanan telah dijadikan responden untuk memastikan ketepatan terhadap tujuan dan hasil kajian yang dijalankan ini. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengetahui samada wujudnya perbezaan faktor jantina, tempoh memegang jawatan serta tahap pendidikan terhadap kepuasan kerja responden terhadap perlaksanaan pengupayaan oleh pengetua. Maklumat yang diperolehi dari set soal selidik yang diedarkan juga turut dianalisis untuk mengkaji samada terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja responden terhadap perlaksanaan pengupayaan. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina terhadap kepuasan kerja responden tetapi faktor tempoh menjawat perkhidmatan dan tahap pendidikan menunjukkan hasil yang sebaliknya. Analisis juga mendapati bahawa keempat-empat faktor pengupayaan yang terdiri dari sikap positif, kepercayaan, komunikasi dua hala dan pemupukan bakat terpendam oleh pengetua mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tahap kepuasan kerja guru-guru penolong kanan di lokasi kajian. Analisis regresi yang dijalankan menunjukkan bahawa aspek komunikasi dua hala menunjukkan pengaruh yang paling besar terhadap kepuasan kerja responden

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepuasan kerja, Pengupayaan guru, Guru penolong kanan, Sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Oct 2025 12:28
Last Modified: 08 Oct 2025 12:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45327

Actions (login required)

View Item View Item