Penentuan aktiviti antioksida, kandungan fenolik dan kandungan flavanoid dalam spesies lumut terpilih

Noor Hasliza Zainul Abidin (2007) Penentuan aktiviti antioksida, kandungan fenolik dan kandungan flavanoid dalam spesies lumut terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000679.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menilai jumlah aktiviti antioksida kandungan jumlah fenolik dan flavanoid pada spesies lumut terpilih iaitu Trichocolea tomentella, Schistochila acuminata, Pogonatum macrophyllum, Hypnodendron dendroides dan Sphagnum junghuhnianum. Aktiviti penghapusan radikal bebas (DPPH) dan kaedah kuasa penurunan ferum (FRAP) digunakan untuk menentukan jumlah aktiviti antioksida, manakala kaedah Folinciocalteau dan kolometrik aluminium klorida (ACCA) digunakan untuk menentukan kandungan jumlah fenolik dan flavanoid pada sampel. Keputusan menunjukkan semua sampel lumut memiliki ciri-ciri antioksida termasuk penghapusan radikal dan kuasa penurunan. Melalui aktiviti penghapusan radikal bebas, S. junghuhnianum menunjukkan nilai tertinggi berbanding sampel lain iaitu 60.96 %, manakala bagi kaedah FRAP pula, H. dendroides memberi kuasa penurunan ferum yang paling banyak dengan nilai sebanyak 10.99 %. Kandungan jumlah fenolik dan flavanoid yang tertinggi ditunjukkan oleh S. acuminata masing-masing melalui kaedah Folin-ciocalteau, 38.78 mg/ml dan ACCA, 3.818 mg/ml. Kepekatan jumlah kandungan fenolik adalah lebih tinggi dalam setiap sampel berbanding kandungan flavanoid. HasH kajian menunjukkan bahawa jumlah aktiviti antioksida yang wujud tidak dipengaruhi oleh kehadiran kandungan jumlah fenolik dan flavanoid.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Antioxidant, Antioxidant activity, Fenolic content, Flavanoid content, Species mossses
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 31 Jul 2012 15:34
Last Modified: 23 Oct 2017 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4533

Actions (login required)

View Item View Item