Nor Fatin Syuhaidah Nayan and Muhammad Hazim Mohd Azhar (2025) Integrasi tauhid dan psikospiritual islam dalam menangani krisis identiti generasi z muslim. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 10. pp. 861-872. ISSN 0128-164X
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (446kB) | Request a copy |
Abstract
Generasi Z Muslim menghadapi krisis identiti yang kompleks akibat pengaruh globalisasi, perkembangan media sosial, kepantasan perubahan budaya serta pengaruh sekularisme dan relativisme moral. Situasi ini memberi implikasi sosial, psikologi dan spiritual yang mendalam terhadap Generasi Z. Artikel ini mengkaji bagaimana integrasi konsep tauhid dan pendekatan psikospiritual Islam dapat menjadi solusi efektif dalam menangani cabaran ini. Tauhid sebagai asas keimanan membentuk kesedaran diri yang berpusat kepada Allah SWT, manakala pendekatan psikospiritual Islam yang merangkumi pemeliharaan qalb (hati), ibadah dan matlamat akhirat mampu memperkukuh kesejahteraan mental dan spiritual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis literatur terkini yang relevan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan metode analisis literatur. Data dikumpulkan melalui kajian pustaka terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang relevan, termasuk buku, artikel jurnal dan laporan penelitian. Analisis data dilakukan secara deskriptif dengan menekankan pada pemahaman mendalam terhadap teks dan konteks yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengukuhan nilai tauhid dan amalan psikospiritual dapat membantu Generasi Z Muslim membina identiti yang kukuh dan seimbang dalam menghadapi cabaran era digital. Konsep tauhid memberi kesedaran terhadap peranan diri sebagai hamba dan khalifah manakala psikospiritual Islam memberi panduan berdasarkan prinsip ajaran tasawuf seperti taubat, qanaah, zuhud, yakin, sabar, tawakal, tawaduk dan reda disertai amalan meditasi spiritual seperti doa, zikir dan bacaan al-Quran yang dilengkapkan dengan proses tazkiyah al-nafs.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Generasi Z (Generation Z), Krisis Identiti (Identity Crisis), Muslim, Psikospiritual Islam (Islamic Psychospirituality), Tauhid (Tawhid), Tazkiyah al-Nafs |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ799.5-799.9 Young men and women |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
Date Deposited: | 08 Oct 2025 13:11 |
Last Modified: | 08 Oct 2025 13:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45338 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |