Hubungan salah laku pelajar dan pencapaian mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah

Azizah Hussin (2005) Hubungan salah laku pelajar dan pencapaian mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara salah laku (delinkuen) pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Jenis salah laku adalah berdasarkan kepada 8 jenis salah laku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen pencapaian adalah berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2004. Manakala instrumen salah laku adalah borang soal selidik. Seramai 200 sampel dipilih secara rawak bertujuan, iaitu di mana sampel yang dipilih adalah mempunyai rekod salah laku di sekolah masing-masing. Empat buah sekolah kajian telah dipilih terdiri dari dua buah sekolah beraliran agama dan dua buah sekolah beraliran biasa. Ujian Alpha Cronbach dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan setiap item. Hasilnya semua item mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.9001. Dapatan diproses secara deskriptif dengan menggunakan korelasi Pearson dan Ujian-t. Hipotesis nol yang pertama berkaitan hubungan salah laku pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara salah laku pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Penglibatan salah laku pelajar berdasarkan jantina dan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina, kedua-duanya tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Salah laku pelajar di sekolah menengah aliran agama dan sekolah menengah aliran biasa mempunyai perbezaan yang signifikan. Begitu juga dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam di kedua-dua jenis sekolah mempunyai perbezaan yang signifikan. Dapatan yang terakhir menunjukkan terdapat perbezaan jenis salah laku yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah beraliran agama dan sekolah menengah beraliran biasa.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Salah laku pelajar, Disiplin pelajar sekolah menengah, Pendidikan Islam, Pencapaian akademik, Jantina dan pencapaian pelajar
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons > LC3950-4806.5 Exceptional children and youth. Special education > LC4001-4806.5 Children and youth with disabilities. Learning disabled children and youth
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2025 16:17
Last Modified: 16 Oct 2025 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45345

Actions (login required)

View Item View Item