Consonantal differences between Dusun and English: Several problematic areas of pronunciation for Dusun students learning English as a second language

Grace @ Zizianah Jasny S. Kuhal (2006) Consonantal differences between Dusun and English: Several problematic areas of pronunciation for Dusun students learning English as a second language. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Apabila seseorang bertutur dalam Bahasa Inggeris, perkara yang paling jelas yang dapat diperhatikan adalah sebutannya. Bagi bukan penutur asli Bahasa Inggeris, mereka mungkin menyebut fonem-fonem dalam Bahasa Inggeris berbeza daripada penutur aslinya. Kepelbagaian dalam sebutan ini boleh membawa kepada variasi dalam sebutan. Kajian ini cuba mengenalpasti variasi sebutan yang biasa digunakan oleh pelajar-pelajar berbangsa Dusun ketika bertutur dalam Bahasa Inggeris. Fokus utama adalah hanya pada kesukaran dalam menyebut bunyi konsonan. Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah di Tenghilan. Ianya dijalankan untuk mengenalpasti kesukaran untuk menyebut bunyi konsonan yang spesifik oleh pelajar-pelajar tersebut. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti strategi yang mereka gunakan untuk mengatasi kesukaran menyebut konsonan tertentu. Tambahan pula, teori seperti 'pemindahan bahasa' (language transfer) dan perbezaan di antara inventori bunyi konsonan dalam Bahasa Inggeris dan juga Dusun digunakan untuk menerangkan variasi ini. Dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Lisan Bahasa Inggeris dan temuduga tidak berstruktur. Rakaman audio untuk kedua­dua instrumen ini dianalisa menggunakan metodologi analisa kontrastif. Bunyi-bunyi konsonan yang disebut oleh sampel yang difikirkan tidak disebut dengan betul akan dibandingkan dengan sebutan "Standard English" dengan panduan CD yang disediakan dalam kamus "Longman Dictionary of Contemporary English". Setelah 10 sampel ini dianalisa, empat bunyi yang membawa kepada variasi sebutan yang tertinggi akan dibincangkan dalam bab terakhir kajian ini. Didapati bahawa sampel­sampel menggunakan strategi penukaran fonem dan mengabaikan sebutan gugusan konsonan untuk mengatasi kesukaran untuk menyebut sesuatu perkataan. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya juga dikemukakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pronunciation variation, English as a Second Language, ESL, Dusun students, English learning, Consonant pronunciation, Language transfer
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2025 16:36
Last Modified: 10 Oct 2025 16:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45355

Actions (login required)

View Item View Item