Kajian tahap kemampuan mengurus integrasi komputer dalam kalangan guru-guru sekolah bestari di negeri Sabah

Jimmy Udan (2006) Kajian tahap kemampuan mengurus integrasi komputer dalam kalangan guru-guru sekolah bestari di negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kemampuan mengurus integrasi komputer dalam kalangan guru-guru Sekolah Bestari di negeri Sabah. Seramai 120 guru-guru dari 5 buah Sekolah Bestari telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kaedah kajian adalah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti mencari kekerapan, peratusan, min, ujian-t, Ujian ANOVA Satu-Hala dan Pearson. Ujian-t untuk mengenal pasti perbezaan tahap kemampuan mengurus integrasi komputer berdasarkan jantina guru. ANOVA Satu-Hala digunakan untuk mencari perbezaan dari segi umur, pengkhususan, status jawatan dan pengalaman mengajar. Pekali Pearson digunakan untuk mencari hubungan antara faktor latihan dengan tahap kemampuan mengurus integrasi komputer. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemampuan mengurus integrasi komputer masih pada tahap sederhana (min=2.77). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap kemampuan mengurus integrasi komputer dari segi jantina, umur dan pengalaman mengajar guru. Sementara itu dapatan menunjukkan tidak wujud perbezaan tahap kemampuan mengurus integrasi komputer dari segi pengkhususan dan status jawatan guru. Terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan ( r - .640, p - .000) antara faktor latihan dengan tahap kemampuan mengurus integrasi komputer dalam kalangan guru-guru Sekolah Bestari Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Integrasi komputer dalam pendidikan, Penggunaan ICT dalam pengajaran, Kemampuan guru Sekolah Bestari, Pendidikan di Sabah
Subjects: L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA410-2284 Other regions or countries
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Oct 2025 10:51
Last Modified: 16 Oct 2025 10:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45359

Actions (login required)

View Item View Item