Malinjah Mahshar (2007) Pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan penyertaan pelajar sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (789kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah yang penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan social pelajar. Kejayaan pelaksanaannya di sekolah-sekolah bergantung kepada pengurusan yang sistematik, berkesan dan cemerlang daripada guru-guru dan penglibatan pelajar.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan antara pengurusan kokurikulum yang sistematik dalam kalangan guru-guru dapat menarik minat pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Dua set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data secara sistematik yang melibatkan 120 orang guru dan 180 orang pelajar tingkatan empat daripada enam buah sekolah yang terdapat di daerah Kata Kinabalu. Data di analisis menggunakan program The Statistical Package For Social Science ( SPSS version 10.0 ). Statistik yang digunakan ialah stastitik deskriptif dan inferenci. Untuk menguji hipotesis, analisis ujian t dan kolerasi Pearson digunakan. Keputusan kajian yang diperolehi, terdapatnya hubungan yang sangat memuaskan dan signifikan antara sistem pengurusan kokurikulum di sekolah dengan pengurusan kokurikulum dalam kalangan guru-guru (r=0.837, p<0.05). Namun penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum masih lagi dalam tahap yang lemah (r=-0.042,p>0.05). Ini mungkin di sebabkan oleh faktor-faktor lain dan bukan disebabkan oleh pengurusan kokurikulum yang tidak baik. Berasaskan dapatan ini dicadangkan pihak pengurusan sekolah agar dapat membuat penambahbaikan. Cadangan seterusnya diharapkan kajian seperti ini dapat dilakukan lagi untuk memantapkan pengurusan kokurikulum sekolah pada masa depan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Pengurusan kokurikulum, Aktiviti kokurikulum sekolah menengah, Penglibatan pelajar, Minat pelajar dalam kokurikulum, Guru dan kokurikulum |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 10 Oct 2025 16:43 |
| Last Modified: | 10 Oct 2025 16:43 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45370 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

