Jaringan akses pendidikan melalui pusat pendigitalan sumber pembelajaran: Ctu-easy access center

Syaimak Ismal and Nor Iman Nabila Abu Bakar and Nurul Hidayah Arom and Nadiyah Hashim and Marina Abu Bakar (2025) Jaringan akses pendidikan melalui pusat pendigitalan sumber pembelajaran: Ctu-easy access center. International Journal Of Modern Education (IJMOE), 7. pp. 215-225. ISSN 2637-0905

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Era globalisasi telah mendorong ke arah evolusi sistem pendidikan sejajar dengan kemajuan teknologi semasa. Perkembangan teknologi yang semakin hebat telah mengubah proses penyimpanan maklumat ke platform digital berbanding amalan tradisional yang bergantung kepada sumber fizikal seperti perpustakaan dan penyampaian ilmu dari dewan kuliah. Kebergantungan kepada maklumat digital ini menjadi sangat ketara semasa pandemik Covid-19 pada penghujung tahun 2019 yang mengganggu sistem pendidikan negara. Oleh itu, penyampaian dan pemerolehan ilmu perlu dijalankan secara maya. Tanpa perancangan yang rapi, proses penyebaran maklumat boleh menjadi mencabar kerana keterbatasan interaksi bersemuka. Kajian ini dibina berasaskan kebergantungan yang meningkat terhadap platform digital dengan mencadangkan satu sistem berpusat bagi sumber akademik. Kajian ini bertujuan membangunkan sistem digital untuk CTU Easy Access Center yang direka bentuk bagi memudahkan akses kepada sumber akademik bagi kursus CTU. Metodologi bagi kajian ini Software Development Life Cycle (SDLC) Framework telah digunakan bagi membimbing pembangunan sistem ini. Dapatan menunjukkan bahawa platform digital ini berjaya meningkatkan kebolehcapaian dan kecekapan pengurusan sumber bagi kursus CTU dengan ketara selain menggalakkan penglibatan dan kepercayaan yang lebih baik dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Melalui platform ini, semua maklumat berkaitan kursus boleh diakses dengan mudah dan pantas tanpa memerlukan pertemuan bersemuka, menjimatkan masa pelajar dan pensyarah.

Item Type: Article
Keyword: Jaringan, Pendigitilan, CTU, Easy Access Center
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD69 Other Including business consultants, capacity, size of industries, etc.
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM831-901 Social change
Department: CENTRE > Small Island Research Centre
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 10 Oct 2025 16:47
Last Modified: 10 Oct 2025 16:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45377

Actions (login required)

View Item View Item