Raduan Mohamad (2007) Hubungan pengetahuan ICT dan kemudahan infrastruktur ICT dengan penggunaan bahan bantu mengajar guru sejarah daerah Papar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES..pdf Download (906kB) |
|
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat di kalangan guru Sejarah di daerah Papar. Kajian ini melibatkan 58 orang guru Sejarah di 10 buah sekolah menengah di daerah ini . Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumennya ialah satu set borang seal selidik. Kaedah statistik deskriftif digunakan untuk menganalisis data. Soalan kajian menjurus kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan ICT dalam kalangan guru-guru Sejarah dan hubungannya dengan penggunaan BBM berasaskan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dalam bilik darjah, aspek kedua adalah tahap penggunaan infrastruktur berasaskan teknologi maklumat dan kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dalam kalangan guru Sejarah, dan aspek ketiga ialah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh guru Sejarah dalam penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru Sejarah mempunyai persepsi yang positif terhadap kepentingan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat. Sebahagian besar guru Sejarah menganggap masalah yang dihadapi oleh mereka dalam peggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat ialah kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai menyebabkan banyak usaha diperlukan untuk perancangan bahan, menghadapi masalah untuk menggunakan alat-alat teknologi ke dalam darjah, beban tugas guru yang banyak, kurang bahan di pasaran dan sukar untuk mendapatkan bantuan teknikal. Dalam kajian ini juga beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Bahan bantu mengajar, Teknologi maklumat dalam pendidikan, Pengajaran Sejarah, Guru sekolah menengah, ICT in education |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 16 Oct 2025 12:30 |
| Last Modified: | 16 Oct 2025 12:30 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45389 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

