Rosni Chung@ Rosni Abdullah (2007) Rentention dalam kalangan guru-guru sekolah rendah kebangsaan kurang murid daerah Sipitang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (903kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara kecenderungan retention dengan faktor dalaman bilik darjah, faktor peringkat sekolah, faktor komuniti dan faktor keluarga/peribadi dalam kalangan guru-guru sekolah kurang murid (SKM) daerah Sipitang, Sabah. Keempat-empat variabel ini adalah berdasarkan kepada Model Retention Guru yang dikemukakan oleh Boylan et al. (1993) dan dinamakan sebagai Four Spheres of Influence. Tiga ciri demografi iaitu jantina, umur dan tempat asal juga dikaji. Seramai 46 orang guru dari 8 buah SKM terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 44 item dengan skala Likert empat mata. Kesahan item-item diuji melalui nilai Alpha Cronbach. Analisis korelasi yang dijalankan untuk melihat hubungan faktor dalaman bilik darjah, faktor peringkat sekolah, faktor komuniti dan faktor keluarga/peribadi dengan retention guru menunjukkan hubungan signifikan pada tahap sederhana. Hasil Ujian-t dan Analisis Varian Sehala (ANOVA) mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan kecenderungan retention yang signifikan antara guru berdasarkan ciri demografi jantina, umur dan tempat asal. Perbandingan di antara keempat-empat faktor yang tersebut di atas iiaitu faktor dalaman bilik darjah, faktor peringkat sekolah, faktor komuniti dan faktor keluarga/peribadi didapati faktor komuniti menunjukkan tahap signifikan yang paling tinggi (0.577) diikuti oleh faktor dalaman bilik darjah (0.537), faktor keluarga/peribadi (0.497) dan akhir sekali faktor peringkat sekolah (0.419). Dapatan ini menunjukkan bahawa persekitaran komuniti memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan retention guru.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Retention guru, Sekolah kurang murid, Faktor dalaman bilik darjah, Faktor sekolah, Faktor komuniti |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 10 Oct 2025 16:56 |
| Last Modified: | 10 Oct 2025 16:56 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45392 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

