Beban tugas guru tingkatan di sekolah menengah di daerah Tuaran

Siti Mardziah Abdullah @ Nurita Uging (2007) Beban tugas guru tingkatan di sekolah menengah di daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (903kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat apakah tugas yang membebankan guru-guru tingkatan di sekolah menengah Daerah Tuaran. Seramai 138 guru-guru daripada 5 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kaedah kajian adalah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti mencari kekerapan, peratusan, min, ujian-t dan Ujian ANOVA Satu-Hala. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan min beban tugas guru berdasarkan kategori perkhidmatan dan status perkahwinan manakala ANOVA Satu-Hala digunakan untuk mencari perbezaan min beban tugas guru berdasarkan bilangan murid dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan beban tugas bukan mengajar adalah (min=3.34). Ujian-menunjukkan [t (136)=-.35, p>.05]. Oleh itu hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan beban tugas berdasarkan kategori perkhidmatan diterima. Sementara perbezaan beban tugas berdasarkan kategori perkahwinan ditolak [t (136)=-2.83, p<.05). ANOVA bagi beban tugas berdasarkan bilangan murid dan pengalaman mengajar diterima.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Beban tugas guru, Guru sekolah menengah, Tinjauan pendidikan, Statistik deskriptif, Ujian-t, Ujian ANOVA
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2331.7-2335.8 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2025 17:01
Last Modified: 10 Oct 2025 17:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45400

Actions (login required)

View Item View Item